fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenali Aktres Thailand Meningkat Naik & Digilai Ramai
Tiga Jenama Lokal Reka Busana Buat Longines
Jung Ho Yeon, Dari Pentas Fesyen Antarabangsa Ke Siri Popular Squid Game
Kenapa Senaman Kaki Penting Untuk Kesihatan Otak?
Sorok Kehamilan, Halle Bailey Selamat Bersalin Zuriat Sulung
Home > GLAM Plus > GLAM Weddings > GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner

GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner

Marylebone Town Hall London, menjadi saksi ikatan perkahwinan pasangan romantis Dua Lipa & Callum Turner pada 31 May 2026,  Ahad lalu. Acara perkahwinan yang hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat menjadi pilihan mereka. 

Setelah dua tahun menjalani hubungan, akhirnya pasangan ini mengikatkan tali percintaan selamanya. Jauh dari perkahwinan berskala besar, mereka lebih memilih untuk meraikan kisah cinta mereka dalam suasana yang lebih peribadi dan eksklusif. Pendekatan yang diambil oleh dua figura besar dalam industri hiburan antarabangsa ini menjadi perhatian ramai kerana mereka lebih mementingkan keseimbangan antara kehidupan peribadi dan juga perhatian umum.

Bibit Perkenalan Dua Lipa & Callum Turner

Novel It’s Called Trust karya Heran Diaz, menjadi saksi kepada permulaan hubungan Dua Lipa dan Callum Turner. Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja apabila mereka sedang membaca buku yang sama ketika berada di The River Cafe, London. Namun, momen seperti di filem inilah yang membuka ruang untuk mereka berkenalan dengan lebih rapat. Selain itu, keserasian antara pasangan romantis ini juga sering menjadi perhatian kerana berkongsi banyak minat yang sama.

Meraikan Cinta Dengan Yang Tersayang

Disebalik pintu tertutup Marylebone Town Hall London, telah berlangsung ucara pernikahan Dua Lipa dan Callum Turner. Berbeza dengan kebanyakkan selebriti, Dua Lipa dan Callum Turner lebih memilih untuk meraikan hari bahagia mereka dalam suasana peribadi dan sederhana. Tambahan pula, kehadiran ahli keluarga serta sahabat rapat menjadikan suasana majlis lebih bermakna. Pendekatan ini juga mencerminkan keinginan mereka bagi mengekalkan privasi kehidupan peribadi walaupun sering menjadi tumpuan peminat seluruh negara.

Gaya Elegan Hari Perkahwinan

Selain mengenakan gaun pengantin, penyanyi terkenal ini tampil elegan dengan mengenakan sut dan skirt serba putih rekaan khas oleh Schiaparelli Haute Contoure yang menyerlahkan lagi gaya chic dengan sentuhan fesyen avant-garde. Selain itu, padanan aksesori seperti lined hat rekaan Stephen Jones yang menarik perhatian ramai, selain rantai 75-Carat Diamond Bulgari Serpenti yang bernilai lebih USD500,000 serta perhiasan emas yang diagayakan secara minimalis. Manakala Callum Turner tampil segak dalam sut biru gelap rekaan Ferragamo yang melengkapkan penampilan sofistikated pasangan tersebut.

Artikel berkaitan: https://glam.my/glam-plus/glam-weddings/glam-weddings-tengku-nadira-adnan-teuku-agassi-revano/