fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Taman Fantasi Chanel Menjiwai Semangat Musim Bunga Penuh Mewah
GLAM Pick: Gaya Karpet Merah Anugerah SAG 2017
Spotted! Tas Tangan Mewah Pilihan Wanita Berpengaruh
Bual Bicara GLAM Bersama ​Michael Meier of Oris
Eksekutif Herve Leger Dipecat
Home > Kempen Trade-In Samsonite Buat Gaya Jet-Setter!

Kempen Trade-In Samsonite Buat Gaya Jet-Setter!

Membawa bagasi yang kusam dan berat? Destinasi percutian yang mewah pastinya menuntut teman kembara yang bukan sahaja ultra-stailo, malah inovatif dan berprestij tinggi dan tiada yang lebih sempurna untuk melambangkan kemewahan itu melainkan Samsonite.

Menepati piawaian kelas pertama, Samsonite yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Best Luggage Brand in the World di Business Traveller Awards 2025 kini kembali dengan Kempen Luggage Trade-In tahunan mereka. Bermula 15 Mei sehingga 28 Jun 2026, kempen ini mengajak anda menaik taraf gaya kembara dengan lebih bijak. Bawa sahaja bagasi lama anda daripada mana-mana jenama, saiz, mahupun kondisi ke butik Samsonite seluruh negara untuk menikmati rebat eksklusif. Lebih lagi, setiap transaksi akan menyumbang RM10 kepada WWF-Malaysia demi menyokong kelestarian alam sekitar.

Dua Koleksi Terhangat Musim Ini Sedia Untuk Melengkapi Pesona Kembara Anda

Koleksi Hi-Fi (Diskaun 30%)

Koleksi Hi-Fi ditujukan khas buat minimalist traveler yang mengagumi perincian kemas. Rekaan ultra-ringan polipropilena ini bermula dari 2.3kg sahaja dan dilengkapi roda bersuspensi kalis bunyi serta zip kalis air. Hadir dalam saiz kabin hingga saiz besar seperti 55/20, 68/25, 75/28 dengan pilihan warna memikat seperti Sky Blue, Dark Blue, dan Black.

Koleksi MYTON (Diskaun 40%)

Koleksi MYTON definisi sebenar smooth travel dan refined. Hadir dalam rona mewah seperti Matte Copper, Matte Black, dan Matte Graphite  dan berukuran saiz 55/20, 69/25, 75/28, ia sarat dengan fungsi moden seperti zip anti-kecurian dan port USB. Paling mengagumkan, bahagian dalamannya diperbuat daripada 100% botol PET kitar semula. 

Jangan tunggu saat akhir! Kunjungi stor Samsonite terdekat atau layari platform dalam talian mereka untuk dapatkan bagasi impian anda.

Artikel berkaitan: Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!