fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Ini Waktu Paling Subur Kaum Lelaki Perlu Anda Tahu!
Istana Buckingham Rombak Tugasan Ratu Elizabeth II Secara Rasmi
Tribute to Asia Pacific & The Middle East – Tumi x Chris Pratt
Puteri Eugenie Sedang Menantikan Kehadiran Cahaya Mata Kedua
Justin Bieber Terharu Bergelar Bapa, Beri Hadiah Istimewa Untuk Hailey Bieber
Home > Gaya Hidup > 5 Pasangan Selebriti Memilih Kehidupan Cinta Privasi

5 Pasangan Selebriti Memilih Kehidupan Cinta Privasi

Di sebalik kehidupan glamor dan perhatian tanpa henti daripada peminat, masih ada selebriti yang memilih untuk menyimpan kisah cinta mereka jauh daripada sorotan umum dan privasi.

Bagi sesetengah pasangan selebriti, cinta tidak memerlukan validasi dunia luar untuk kelihatan bahagia. Mereka lebih menghargai momen-momen kecil yang bersifat peribadi, menjadikan hubungan terasa lebih intim dan autentik. Tidak terlalu berkongsi di media sosial dan ada yang merahsiakan perkahwinan mereka selama bertahun-tahun demi menjaga privasi hubungan. Pendekatan ini juga membuatkan kisah cinta mereka sering mencuri perhatian kerana aura eksklusif dan misteri yang sukar dijangka.

1. Anya Taylor Joy dan Malcom Mcrae

5 Pasangan Selebriti Yang Memilih Kehidupan Cinta Lebih Tertutup

Di sebalik kemewahan dunia glamor dan sorotan kamera, Anya Taylor-Joy memilih untuk menjalani kisah cintanya dengan lebih privasi bersama suami, Malcolm McRae. Pasangan ini mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis intim di New Orleans pada tahun 2022, jauh daripada perhatian umum dan liputan media. Bintang siri The Queen’s Gambit itu juga pernah berkongsi bahawa dia akhirnya menemui seseorang yang selesa menikmati kesunyian bersamanya. Menurut Anya, hubungan mereka terasa seperti begitu serasi dan menenangkan. Walaupun terkenal di Hollywood, pasangan ini jarang berkongsi kehidupan peribadi secara terbuka. Namun, sempena ulang tahun perkahwinan mereka, Anya pernah memuat naik momen istimewa itu di Instagram dengan mendedahkan bahawa mereka sebenarnya berkahwin secara rahsia pada Hari April Fool dua tahun sebelumnya.

2. Hannah Delisha dan Imam Shah

5 Pasangan Selebriti Yang Memilih Kehidupan Cinta Lebih Tertutup

Hannah Delisha dan Imam Shah turut memilih pendekatan yang lebih sederhana dan tertutup. Walaupun kedua-duanya dikenali ramai dalam industri hiburan tempatan, pasangan ini jarang menjadikan hubungan mereka sebagai perhatian umum. Selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, Hannah dan Imam Shah lebih selesa berkongsi sisi kehidupan secara berpada-pada tanpa terlalu mendedahkan hal peribadi kepada umum. Keharmonian mereka juga sering dipuji peminat kerana dilihat tenang, profesional dan bebas daripada kontroversi, membuktikan bahawa ada pasangan selebriti yang memilih untuk membina kebahagiaan secara privasi tanpa perlu terlalu terbuka di media sosial.

3. Margot Robbie dan Tom Ackerley

3. Margot Robbie dan Tom Ackerley

Margot Robbie dan Tom Ackerley sering dianggap sebagai antara pasangan paling berpengaruh di Hollywood. Namun di sebalik kejayaan besar mereka dalam industri perfileman, pasangan ini terkenal dengan pendekatan tertutup terhadap kehidupan peribadi sejak mula menjalin hubungan pada tahun 2014. Pasangan ini mula mengesahkan hubungan mereka apabila tampil bersama menikmati perlawanan hoki ais di Madison Square Garden, New York City, menyaksikan perlawanan antara Philadelphia Flyers dan New York Rangers. Sejak itu, mereka lebih selesa menjalani hubungan secara privasi tanpa terlalu berkongsi kehidupan rumah tangga kepada umum. Pada November 2024, kehidupan pasangan ini menjadi lebih bermakna apabila Margot dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki, melengkapkan lagi perjalanan cinta yang dibina dengan penuh privasi dan elegan.

4. Elizabeth Tan dan Siew Jim

5 Pasangan Selebriti Yang Memilih Kehidupan Cinta Lebih Tertutup

Elizabeth Tan dan suaminya, Siew Jim antara pasangan selebriti tempatan yang cukup menjaga privasi rumah tangga mereka daripada perhatian umum. Walaupun Elizabeth dikenali sebagai figura popular dalam industri hiburan, dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat. Jarang berkongsi momen peribadi di media sosial, hubungan mereka bagaimanapun tetap menjadi perhatian kerana keharmonian dan sisi matang yang dipamerkan sebagai pasangan suami isteri.

5. Emma Stone dan Dave McCary

Emma Stone dan suaminya, Dave McCary yang merupakan pengarah dan penulis komedi merupakan antara pasangan Hollywood yang cukup menjaga privasi hubungan mereka daripada perhatian umum. Emma dan Dave mendirikan rumah tangga pada September 2020 selepas lebih dua tahun bercinta. Sebelum itu, pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2019 menerusi sekeping foto cincin yang dimuat naik di Instagram Dave, tanpa sebarang pendedahan berlebihan mengenai hubungan mereka. Pada 13 Mac 2021, Emma selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, seorang bayi perempuan. Kehadiran anak sulung itu sekali gus melengkapkan lagi kehidupan pasangan ini.

Artikel berkaitan: GLAM Weddings: Details Busana & Solekan Parissa Ardin