fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Burberry Menerapkan Imaginasi Dari Perubahan Suasana Langit Dalam Koleksinya
10 Gaya Terburuk Met Gala Sepanjang Zaman
Best Coats Moments
Ricardo Tisci Meninggalkan Givenchy Selepas 12 Tahun Berkhidmat
GLAM Persona: Fyza Kadir… Happier Than Ever
Home > Fesyen > Kering Eyewear Malaysia Kini Di Pavilion Kuala Lumpur

Kering Eyewear Malaysia Kini Di Pavilion Kuala Lumpur

Kering Eyewear Malaysia dengan kerjasama Metro Optical Group mengumumkan pembukaan butik baharu di Pavilion Kuala Lumpur.

Kini opsyen untuk mendapatkan kacamata bermutu tinggi dengan rekaan yang terbaik sudah lebih mudah. Apatah lagi dengan tanda jenama mewah yang menjadi idaman pecinta fesyen. Buat mereka yang mahukan kaca mata glamor, boleh tuju ke butik Kering Eyewear Malaysia yang kini dibuka di Pavilion Kuala Lumpur. Butik konsep ini mempunyai pilihan optikal kacamata daripada pelbagai jenama mewah yakni LINDBERG, Maui Jim, Gucci, Cartier, Saint Laurent, Bottega Veneta, Balenciaga, Chloé, Alexander McQueen, Montblanc, dan Dunhill.

Kering Eyewear Malaysia

Butik yang cukup glamor ini berkeluasan 1,780 kaki persegi direka dengan material terbaik, selari dengan nilai mewah jenama yang ada. Ia menempatkan Kering Eyewear Collections, Kering Eyewear’s “Through Their Eyes” Art Projects, dan Seasonal Brand Visual Merchandising. Lebih canggih dengan paparan skrin digital yang memenuhi butik ini memaparkan iklan pelbagai jenama mengikut musim dan koleksi berbeza-beza lantas mampu memberi keunikan kepada butik. Dari multi jenama hingga a single brand takeover, konsep ini memberikan karakter “power of digital” juga memberi pengalaman membeli belah yang lebih seronok.

Tambahan lagi, di butik ini juga klien boleh mendapatkan khidmat servis penjagaan mata terbaik dan terkini daripada Metro Optical Group (MOG) yakni Vision Experience 6-dalam-1! Butik Kering Eyewear bukan sahaja menjadi tempat membeli kacamata terbaik, malahan banyak aktiviti bakal diselenggara seperti pertunjukan fesyen kacamata, pelancaran kempen kacamata fesyen bermusim dan majlis eksklusif jenama yang terdapat di butik ini.

Butik Kering Eyewear terletak di Lot 4.24.00, Level 4, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.