fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kempen Istimewa Zadig & Voltaire Dibintangi Bella dan Anwar Hadid
Koleksi #CoachSpring25 Membawa Nuansa Tenaga New York Di NYFW
3 Kempen Fesyen Musim Bunga 2023 Wajib Anda Kenali
MFW Street Style: Peranan Warna Dalam Suai Padan
Michelle Williams & Alicia Vikander Wajah Kempen Spirit of Travel Louis Vuitton
Home > Fesyen > Puteri Bongsu Steve Jobs, Eve Buat Kemunculan Pertama Di Pentas Minggu Fesyen Paris

Puteri Bongsu Steve Jobs, Eve Buat Kemunculan Pertama Di Pentas Minggu Fesyen Paris

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Minggu Fesyen Paris yang bermula hujung September lalu menyaksikan wajah baharu, Eve Jobs di pentas peragaan.

Eve yang merupakan cahaya mata kepada pengasas jenama Apple, Steve Jobs, membuat penampilan sulungnya di pertunjukan Coperni Musim Bunga 2022 dalam baju hijau neon, skirt mini biru kelasi, sandal platform, dan sepasang kaca mata bergaya.

Model berusia 23 tahun itu dilihat menyertai barisan model terkenal seperti Gigi Hadid, Paloma Elsesser dan Adut Akech di pentas tersebut di mana beg tangan Origami terbaharu Coperni turut diperkenalkan.

Dikhabarkan, bentuk beg tangan itu mengambil inspirasi daripada ikon aplikasi Photo iPhone.

Eve Jobs

Foto: Getty Images

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse