Godaan Penanda Waktu Louis Vuitton
Sejak dilancarkan pada 2002, jam tangan Tambour telah menampilkan bentuk yang unik dan reka bentuk signatur unggul. Tambour Moon telah diperkenalkan pada 2017, mengekalkan semangat asal sambil memberi penampilan ekspresif yang baru dengan keluk ke dalam pada case yang mengingatkan bulan sabit. Terima kasih kepada reka bentuk dail dan kemungkinan penyesuaian yang tidak berkesudahan yang ditawarkan oleh palet lebih daripada 100 tali saling ditukar ganti, Tambour Moon menegaskan semangat perjalanan dengan komplikasi GMT. Untuk pertama kalinya, bentuk cekung mewujudkan gagasan refleksi kedalaman dan unik. Paparan zon waktu 24 jam menjadikannya jam tangan GMT direka dengan sifat feminin – diameter 35mm, 39.5mm atau 44mm. Dan sementara tangan memaparkan waktu setempat, masa di rumah dapat dibaca dengan sempurna pada dail sunray-brushed or shot-blasted.

Case keluli menjadikan Tambour Moon Dual Time mewah menerusi pelbagai pilihan menarik dari segi warna, reka bentuk dan kemasan. Versi wanita datang dalam warna hitam atau merah, dan versi yang lebih berharga juga tersedia dengan bertatahkan berlian. Untuk jejaka, kemasan PVD antrasit memberi penampilan yang sangat dinamik. Semua model dalam koleksi Tambour Moon Dual Time yang baru mempunyai pergerakan kuarza – juga sangat tepat dan mesra pengguna, menjadikan jam tangan dapat di akses oleh semua orang yang gemarkan gaya Louis Vuitton. Ekspresi kontemporari seni perjalanan untuk dipakai di pergelangan tangan.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

