Retorik: Wanita Selesa Tidak Berkahwin
Bila disebut tentang wanita yang dikatakan umur sudah lanjut tetapi belum berkahwin, gelaran diberi adalah Andartu (anak dara tua), hendak-hendak pulak yang dah menjangkau umur 40an, dikatakan jangan memilih sebab kalau tunggu lama-lama nanti tak laku. Kalau yang sudah bercerai atau kehilangan suami pula, sah-sah gelaran janda diberikan, lagilah seribu satu nasihat percuma yang tak dipinta diberikan dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tidak diundang. Tapi, walau apa pun gelaran diberikan, kalau kita rujuk kepada lagu SM Salim yang berbunyi;
“Apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang tak kahwin lagi, ada nak jadi, kalau tak kahwin kau menyesal nanti…. Apa nak jadi….”
Nampak macam lebih dari perempuan, lelaki sebenarnya yang tak tahan kalau tak kahwin-kahwin… tak begitu? Tidak seperti dahulu, seiring dengan pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan peningkatan kualiti pendidikan, wanita sekarang nampak lebih selesa dengan tidak berkahwin. Tidak kiralah yang tidak pernah berkahwin yakni bujang ataupun yang pernah berkahwin dan tidak tergesa-gesa untuk mencari pengganti. Umum ketahui bahawa dari segi pengisian penuntut institusi pengajian tinggi, wanita jauh mendahului lelaki, maka boleh dikatakan kini wanita mempunyai lebih ramai golongan muda yang memegang ijazah. Golongan profesional muda ini yang meletakkan kerjaya di hadapan serta mempunyai pendapatan sendiri yang stabil, tidak menganggap bahawa perkahwinan itu sebahagian dari keperluan yang menekan dalam hidup mereka. Rata-rata golongan wanita muda lebih berminat atau bercita-cita untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, memiliki kenderaan atau rumah dan melancong lebih dari mendapat pasangan hidup.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

