fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Gaya Bridal Gigi Hadid di AMA 2016
Backstage di Dior Haute Couture Spring Summer 2016
Aktres Hunger Games Memukau Di Tayangan Perdana “Mockingjay – Part 2”
A-List GLAM: Zahida Rafik
8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023
Home > Fesyen > Berita > Shweta Sekhon Sarung Busana Kuih Muih Wakili Malaysia Ke Pentas Miss Universe 2019

Shweta Sekhon Sarung Busana Kuih Muih Wakili Malaysia Ke Pentas Miss Universe 2019

Saban tahun, pertandingan ratu cantik Miss Universe adalah antara acara tahunan yang dinanti ramai. Apatah lagi di segmen busana tradisional di mana setiap peserta dari negara masing-masing akan menonjolkan busana tersendiri yang pasti unik, menarik di samping memperincikan kebudayaan setiap sebuah negara. Dua tahun lepas, Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh membawa aspirasi Perahu Bangau dan Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Kayty menggayakan busana Nasi Lemak. Malaysia juga tidak terkecuali menghantar wakil untuk bersaing dalam merebut gelaran Miss Universe 2019 yang bakal diadakan di Atlanta, Georgia.

Shweta Sekhon

Dan tahun ini jelitawan, Shweta Sekhon, 22 tahun menerusi satu majlis baru-baru ini memperkenalkan kostum bertema A Peranakan Indulgence (Mendalami Budaya Peranakan) yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya di samping diilhamkan dari kuih-muih Malaysia. Antara sajian pemanis mulut yang terdapat dalam replika busana itu adalah seperti kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago dan telur merah sebagai aksesori tambahan mengelilingi pakaian yang akan diperagakan.

Foto: Instagram @MissUniverseMalaysia

Untuk segmen gaun petang pula, Shweta memperagakan gaun dengan nama diberi Ocean Diva, diinspirasikan daripada keindahan pantai-pantai di Malaysia. Ocean Diva yang berona coklat dan emas karamel ini menampilkan gabungan tiga dimensi (3D) dan alam semula jadi, apatah lagi ia dihias dengan siput asli yang dijahit kemas di gaun tersebut.

Foto: Instagram @MissUniverseMalaysia

Kedua-dua busana tersebut merupakan olahan idea pereka fesyen tempatan, Carven Ong. Menerusi tembual bersama Awani, Carven menjelaskan, “Saya gunakan konsep ini dan menggayakan setiap perincian dengan yang melambangkan kepelbagaian di Malaysia termasuk penggunaan kain sarung, songket dan dimasukkan dengan aksesori-aksesori berwarna terang dan semestinya ini melambangkan keraian,” ujarnya.

All the best to Shweta dan Malaysia boleh!!