Rekaan Hebat – Keselesaan Sofa Zaza
Teks : Shahril Hadi Halim
Gambar : King Living
Jenama King Living yang baru menjengah ke pasaran Malaysia ini sebenarnya telah lama bertapak di pasaran Australia menghidangkan seleksi perabot yang menjadi pilihan. Rekaan yang sentiasa relevan utntuk pelbagai gaya dekorasi menjadikan ia sesuai untuk setiap jenis kediaman. Terkini mereka berjaya merangkul anugerah 2018 Good Design Awards yang berlangsung di lokasi ikonik Rumah Opera Sydney, Australia.
“Rekaan merupakan DNA kami di King Living. Bersama kumpulan pereka dalaman yang dikira sebagai kerjasama, kami berjuang untuk mendapatkan keseimbangan di antara rekaan luar biasa dan keselesaan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif King Living, Anna Carrabs.
Rekaan sofa Zaza menampilkan kaki keluli yang disertakan tempat merehatkan tangan dan belakang boleh laras untuk disesuaikan mengikut keselesaan individu yang menggunakan sofa tersebut. Gabungan idea antara kumpulan pereka King Living bersama pereka Charles Wilson, sofa gaya avant garde ini mencipta keseimbangan antara rekaan berintuisi serta keselesaan yang tiada bandingan.
Teknologi yang menggunakan keluli tahan karat sebagai binaan asas untuk setiap sofa King Living menjamin ketahanan sehingga 25 tahun. Penggunaan postureflex memastikan anda berasa selesa selain ia bertindak balas terhadap bentuk tubuh badan mengikut kesesuaian untuk menyokong penggunanya.
Layari laman sesawang King Living untuk maklumat lanjut atau boleh kunjungi ruang pamer King Living di pusat beli belah IPC, Mutiara Damansara.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

