fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Best Denim Looks
Protected: FRED Sambut Ulang Tahun Ke-90 Dengan Koleksi Force 10
Wajah Anak Malaysia Terpampang Di Times Square NY! Yuna Sekali Lagi Cipta Sejarah
Koleksi Pentas Peragaan Victoria’s Secret Fashion Show 2024
Michelle Obama Muncul Kembali Di Khalayak Ramai
Home > Fesyen > Dior Melangkaui Batasan Feminin Dengan Interpretasi Baru

Dior Melangkaui Batasan Feminin Dengan Interpretasi Baru

Setiap kali pengarah artistik wanita Dior Maria Grazia Chiuri mengeluarkan koleksi baru, industri fesyen tidak akan terlepas peluang untuk melihat koleksi yang dihasilkan wanita berbakat ini dengan sangat terperinci. Bagi koleksi Cruise ’18 ini, Maria sekali lagi memegun penggemar fesyen dengan sentuhan kreatifnya yang penuh keanggunan dan sofistikasi.

 

Foto Cass Bird

Berdasarkan lukisan-lukisan pada batu yang dilukis manusia purba kala, Christian Dior pernah menghasilkan garisan Ovale, satu bentuk yang menyentuh gambaran wanita primitif. Berbekalkan inspirasi feminin liar dan kuno inilah yang telah membimbing Maria untuk menghasilkan koleksi Cruise pertamanya untuk Dior.

 

Memberikan nafas liar dan semangat buas menggambarkan kuasa wanita seperti yang diterangkan oleh Clarissa Pinkola Estés di dalam buku kegemaran pereka ini: Women Who Run with the Wolves.

[envira-gallery id=”74896″]

Daripada buku itu juga Maria telah menerapkan motif-motif serigala ke atas sutera jacquard berona keemasan bercanggah dengan penuh harmoni bersama rona-rona hitam. Sulaman manik sebagai perincian memberikan interpretasi asli Maria sendiri.

 

Foto Cass Bird

Gabungan elemen sports dan adi busana menghasilkan kisah yang penuh abstrak. Tidak lupa juga penggunaan elemen taro dan agenda feminis yang dekat pada jiwa Maria.

 

Dior juga telah meminjam bakat dan visi Cass Bird untuk mengendalikan kempen buat koleksi ini dengan penampilan model Ruth Bell dan Grace Hartzel.