fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Must De Cartier Muncul Kembali Dengan DNA Sedia Ada
Fenty Puma by Rihanna Kembali Ke Minggu Fesyen Paris
Fesyen Pilihan Tetamu A-List Yang Hadir Ke Majlis Perkahwinan Meghan Markle & Putera Harry
10 Fakta Perlu Tahu Tentang Kisah Romantis Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza
Berlian Kosmos: Koleksi Estrella yang Bakal Buat Anda Terpukau
Home > Fesyen > Kolaborasi Gigi Hadid x Vogue Eyewear

Kolaborasi Gigi Hadid x Vogue Eyewear

 

Dunia fesyen sememangnya adalah seperti roda yang berputar dengan pantas — before you know it, trend era 90an kini kembali muncul semula! Antara penggerak utama trend ini ialah ikon-ikon fesyen millennial, yakni Kendall Jenner, Hailey Baldwin dan Gigi Hadid. Mereka merupakan penggemar dan pembikin trend bersahaja digemar ramai hampir 20 tahun yang lalu ini!

 

Lantaran itu, ia tidak aneh mengapa jenama kaca mata Vogue mengambil kakak kepada Bella Hadid itu sebagai duta terbaharunya pada bulan Mei lepas. Gigi juga dikhabarkan bakal melancarkan koleksi kapsulnya sendiri, hasil kolaborasi bersama jenama itu.

 

 

Bolehkah anda fikirkan vibe yang digunakan buat koleksi ini? Yes, 90s, 90s, 90s!

 

Koleksi rekaan Vogue bersama sentuhan peribadi model tersebut didatangkan dengan 3 stail berirama vintaj — aviator, cat-eye dan kaca mata berbentuk bujur. Setiap satu stail didatangkan dengan enam pilihan warna lensa! Pasti ada sekurang-kurangnya satu yang menambat hati gadis fesyen di seantero dunia! Terdapat juga satu stail klasik, sesuai bagi mereka yang inginkan kaca mata optik. Koleksi ini bermula dari USD140 (RM600).