fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Penyatuan Nick Jonas & Priyanka Chopra Sebagai Suami Isteri Disambut Meriah
Janet Jackson Berpisah Dengan Suami Billionaire Wissam Al Mana
Gigi Hadid Pula Berkongsi Berita Gembiranya Untuk 2017
Kata-Kata Manis Gisele Bundchen Buat Suaminya
Perlindungan 24/7 Buat Meghan Markle Selepas Ugutan Bahaya
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Restoran Four Seasons, New York Dilelong

Restoran Four Seasons, New York Dilelong

Salah satu spot makan tengahari paling popular di kota metropolitan, New York, Four Seasons bakal mengakhiri zaman kegemilangannya Julai ini. Mewah dalam seni dekorasi bertunjangkan midcentury, restoran yang direka oleh Philip Johnson untuk Seagram Building di Park Avenue bakal melelong kesemua barangan dan aksesori yang digunakan restoran ini.

 

Perincian seni bina, kemasan ruang termasuklah kerja seni Mies van der Rohe dan Hans Wegner, rekaan istimewa oleh Philip Johnson dan Knoll, set pinggan mangkuk, periuk rekaan L. Garth dan Ada Louise Huxtable antara  item daripada kira-kira 500 lot lelongan yang boleh dimiliki orang ramai.

 

Lelongan akan berlangsung di rumah lelong Wright, pada 26 Julai. Hari akhir restoran ini beroperasi ialah pada 16 Julai. Four Seasons ditutup untuk memberi laluan kepada konsep gastronomi baru daripada Major Food Group yang memayungi jenama restoran Carbone, ZZ’s Clam Bar, Sadelle’s.

 

Restoran baru Four Seasons akan dibina hanya lima minit berjalan kaki daripada lokasi asal, East 52nd Street, Park Avenue.

 

 

[soliloquy id=”47477″]