fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Fesyen Lelaki Kini Lebih Terbuka
Lifestyle Guru – Peter Davis
GLAM Lelaki Jun 2014
GLAM LELAKI PROMOSI – JULAI 2016
GLAM Lelaki Ogos 2014
Home > GLAM Lelaki > Pelajari Enam Tip Memakai Tuksedo Cara Romeo Beckham

Pelajari Enam Tip Memakai Tuksedo Cara Romeo Beckham

Romeo Beckham
 
Kehadiran Romeo Beckham di acara Burberry pada Disember lepas membuka mata ramai. Romeo hadir dalam helaian tuksedo. Amati enam trik gayanya pada malam itu agar anda turut tampil bergaya kala menyarung tuksedo mewah.
 
KASUT: Sarung kasut klasik kulit lace-ups bagi mencipta gaya moden dan tidak terlalu patuh pada tema black-tie.
 
SELUAR: Romeo memilih seluar berpotongan well-tailored bagi menonjolkan bentuk tubuhnya tanpa nampak seperti memakai dua kali ganda dari saiz asal.
JAKET: Fitted, but not so fitted. Ia dipotong dan direka mengikut ukuran badannya tanpa kelihatan terlalu ketat atau sendat.
 
KEMEJA PUTIH: Kemeja putih pilihannya melambangkan sisi lelaki moden. Ia opsyen terbaik daripada menyarung kemeja ‘marcella’.
 
BOW TIE: Pilih bow tie yang boleh dilaraskan mengikut saiz leher anda. Hey, if a child can do it, so can you!
 
STATEMENT SCARF: Lilitkan skarf ‘statement’ untuk memecahkan warna serius hitam dan putih.