Deretan Gaya Selebriti Di Gala BoF 500 - Glam Malaysia

Deretan Gaya Selebriti Di Gala BoF 500

Kylie Jenner, Adriana Lima, Victoria Beckham serta ramai lagi selebriti A-listed, hadir dengan bergaya di majlis berprestij Gala BoF 500 bertempat di Shangri-La Hotel, Paris. 

Baru-baru ini, berlangsungnya acara Gala Bussiness of Fashion (BoF) 500 yang memberi penghormatan kepada perniagaan fesyen dan telah diadakan di Hotel Shangri-La semasa Minggu Fesyen Paris. Acara ini meraikan tokoh berpengaruh dalam fesyen dan hiburan, menarik selebriti utama dalam pakaian terbaik mereka. Sejak penubuhannya pada 2013, ia telah mengiktiraf individu yang merentasi lapan kategori iaitu pereka, eksekutif, media, peruncit, usahawan, kelas kreatif, model dan muse serta pemangkin dalam bidang fesyen.

Imran Amed, pengasas dan ketua pengarang BoF mengatakan bahawa tiada sektor lain yang mempunyai watak yang cukup bersemangat, pelbagai dan menarik seperti membentuk industri fesyen. Media sosial banyak memaparkan gambaran akan komuniti ini yang cukup besar dan berpengaruh. Ia adalah masa yang sesuai untuk meneroka serta menyatukan mereka yang berbakat dalam dunia fesyen ini dalam sebuah majlis berprestij.

See also
So Cute!! Rihana Petra Akhirnya Berkongsi Wajah Comel Ismail Leon

Pada tahun ini, para tetamu yang dijemput adalah termasuk Victoria Beckham, Kylie Jenner, Nina Dobrev, Blue dan Nara Smith, Adriana Lima, Greta Lee, Normani, Dove Cameron dan Damiano David, Jared Leto dan ramai lagi. Laman media sosial kini dibanjiri dengan gaya penampilan mereka yang tampak glamor dan memukau.

Lihat Deretan Gaya Selebriti Di Acara Gala BoF 500

1. Victoria Beckham

2. Adriana Lima

3. Kylie Jenner

4. Nina Dobrev

5. Heart Evangelista

6. Greta Lee

7. Blue & Nara Smith

8. Jared Leto

9. Ayo Edebiri

10. Marina Ruy Barbosa

11. Gabriette Bechtel

12. Coco Rocha

13. Dove Cameron & Damiano David

14. Normani

15. Barbara Palvin

16. Alex Cosani

17. Dara

18. Davikah Hoorne

19. Ari Fournier and Cole Sprouse

20. Ashley Radjarame

Artikel Berkaitan: Gaya Selebriti Wanita Di Karpet Merah Anugerah MTV VMAs