Mahalini Dikecam Kerana Menyanyikan Semula Lagu 'Sampai Menutup Mata' - Glam Malaysia
Mahalini

Mahalini Dikecam Kerana Menyanyikan Semula Lagu ‘Sampai Menutup Mata’

Mahalini dikecam kerana menyanyikan semula lagu ‘Sampai Menutup Mata’. Lagu ini pernha dipopularkan oleh aktris, Acha Septriasa.

 

 

Lagu Sampai Menutup Mata versi Mahalini Raharja telah dilancarkan secara rasmi. Lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Acha Septriasa ini pernah menjadi sangat popular pada zamannya, terutama sebagai runut bunyi filem Heart yang ditayangkan pada tahun 2006.

Ketika itu, Acha dianggap berjaya menyampaikan lagu ini dengan emosi yang mendalam, menjadikannya sukar untuk penyanyi lain membawakan semula lagu ini.

 

Lagu ini merupakan ciptaan dan diterbitkan oleh pemuzik senior Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed.

Versi Sampai Menutup Mata oleh Mahalini dinyanyikan dengan gaya dan warna suara yang berbeza.

Namun, beberapa netizen berpendapat bahawa emosi asal lagu ini masih lebih kuat pada versi Acha.

Mahalini mengakui bahawa suaranya tidak sehebat Acha Septriasa, tetapi dia tetap berusaha memberikan yang terbaik agar mesej dalam lagu ini dapat disampaikan dengan baik dan dinikmati oleh para pendengar.

See also
Hadiri Pelantikan Rasmi Presiden, Chrissy Teigen Dianggap Tidak Sensitif

Acha Septriasa turut berterima kasih kepada Mahalini kerana menyanyikan semula lagu yang membawa banyak kenangan bagi dirinya ketika baru memulakan kerjaya sebagai penyanyi runut bunyi.

“Mahalini, terima kasih kerana membawa lagu ini semula. Saya jadi mendengarnya lagi setelah sekian lama. Terus terang, banyak kenangan daripada lagu ini semasa saya mula-mula berkarier sebagai penyanyi runut bunyi,” kata Acha.

Kerjaya Acha sebagai penyanyi runut bunyi menerusi lagu Sampai Menutup Mata untuk filem Heart pada tahun 2006, kini dihidupkan semula oleh Mahalini pada tahun 2024.

Dia memuji suara Mahalini yang mampu memberikan rasa yang berbeza, “Banyak unsur dalam lagu ini yang dikekalkan, tetapi kamu berjaya menjadikannya lebih bertenaga, berbeza, dan pada beberapa bahagian buat saya meremang.”

Kamulah Pemilik Lagu Ini

Acha juga mengakui bahawa sejak Mahalini menceburi industri muzik, dia telah menjadi salah seorang penyanyi kegemarannya. Kini, Mahalini berjaya membawakan lagu ini dengan nuansa yang baharu. Acha menyatakan bahawa Mahalini adalah pemilik sebenar lagu ini.

See also
Kulit Majalah Vogue Kamala Harris Cetus Kontroversi

“Sejak nama kamu muncul dalam industri muzik, kamu salah satu jaguh saya! Kamulah pemilik Sampai Menutup Mata, Mahalini,” tambah Acha.

 

Artikel berkaitan: 5 Filem Terbaik Dian Sastrowardoyo, Bintang Gadis Kretek