Koleksi #CoachSpring25 Membawa Nuansa Tenaga New York Di NYFW - Glam Malaysia

Koleksi #CoachSpring25 Membawa Nuansa Tenaga New York Di NYFW

Minggu Fesyen New York kini kembali lagi! Label pakaian Coach membawakan koleksi #CoachSpring25 buat pertunjukan fesyennya yang telah berlangsung di The Spur, New York City High Line.

Coach melancarkan koleksi Spring 2025 dengan pertunjukan fesyen di The Spur, New York City High Line yang merupakan sebuah taman bertingkat bersebelahan dengan ibu pejabat global jenama itu. Koleksi terbaru daripada Pengarah Kreatif Stuart Vevers ini membayangkan semula klasik Amerika melalui lensa kontemporari, memfokuskan pada personaliti dan ekspresi diri dalam mentakrifkan semula intipati “kemewahan”.

#CoachSpring25 Menyuntik Energi Muda Dan New York Di NYFW!

Vevers meneroka karya ikonik dari perspektif seperti menggabungkan unsur jahitan klasik dan pakaian koktel berinspirasikan couture, dengan lebih banyak item kasual yang diambil daripada budaya skate, logam berat dan pengaruh gelombang baharu. Pakaian staples atau pakaian sukan Amerika seperti blazer navy, chinos dan sut bergaris-garis telah diberi kelainan unik dengan padanan dan perkadaran yang tidak dijangka, manakala pakaian berinspirasikan tahun 60-an dalam rona warna yang bertenaga menampilkan siluet labuh yang pendek dan jatuh secara dramatik.

See also
Persembahan Koleksi Bunga/Panas '19 Tory Burch Ibarat Wanderlust Alaf Baru

Landasan itu juga mempamerkan seni “mencintai semula” yang menonjolkan transformasi pakaian akhir hayat kepada ciptaan baharu. Seluar denim, moto skirt dan aviator jacket telah digunakan semula daripada barangan pasca pengguna. Meraikan kedua-dua legasi ketukangan rumah dan daya tarikan barangan vintaj. Ia dibina berdasarkan program Coach (Re)Loved yang diperbaharui dan disesuaikan dengan item Coach vintaj.

Diilhamkan oleh energi New York City, orang dan gaya yang berbeza bercampur dan bergabung bersama buat #CoachSpring25. Ramai kelibat selebriti yang hadir bagi menyokong jenama ini buat pentas peragaannya di Minggu Fesyen New York. Tetamu istimewa termasuk bintang kempen “Unlock Your Courage” Coach seperti Charles Melton, Nazha, Storm Reid, Jayson Tatum dan Youngji Lee hadir di acara itu. Sementara itu, selebriti Amerika seperti Kathryn Newton, selebriti Thailand seperti Nanon, kumpulan gadis global KATSEYE serta selebriti dari Malaysia Alvin Chong dan Eyka Farhana turut hadir bersama.

Artikel Berkaitan: Coach Bawakan Nuansa Ramadan & Spirit Warisan New York yang Autentik di Pavilion KL

See also
Eksklusif: Tonton Seni Pembuatan Dior Tribales