Petua Mudah Hilangkan Batuk Dan Sakit Tekak
batuk

Musim Sakit, Ini Petua Untuk Hilangkan Batuk dan Kering Tekak!

Musim demam, batuk berpanjangan dan kering tekak kembali. Dengan cuaca yang tidak menentu ini, GLAM sarankan anda untuk berikan perhatian lebih kepada kesihatan. Jom amalkan petua ini buat anda yang sedang dalam keadaan tidak sihat!

Apabila datangnya penyakit batuk dan kering tekak ini, mulalah badan jadi tidak selesa, hendak buat kerja pun boleh jadi terganggu. Sakit tekak dan batuk-batuk yang berterusan boleh juga menyebabkan munculnya penyakit lain seperti demam, selesema dan sakit kepala.

Walaupun tidaklah terlalu kronik dan kadang-kala ia seakan datang dan sembuh sendiri seiring waktu, namun tidak bermakna anda boleh biarkan ia begitu sahaja tanpa mengamalkan sebarang rawatan. Kami faham, ada yang sibuk sehinggakan tiada masa untuk ke hospital ataupun mendapatkan rawatan secara klinikal.

Justeru itu, kami ingin kongsikan beberapa amalan tradisional yang boleh anda amalkan sebagai langkah merawat hilangkan batuk juga kering tekak hanya dari rumah. Ayuh lihat!

batuk

Gambar: pexels

Cara Paling Mudah & Petua Hilangkan Batuk Juga Kering Tekak

#1 Minum Air Suam

Tip juga petua turun-temurun yang paling berkesan. Jika batuk berterusan, amalkanlah minuman air suam setiap hari dan setiap masa. Elakkan mengambil minuman berais. Ini adalah bagi memberi kelegaan yang cepat pada tekak juga mampu mengurangkan pengumpulan kahak. Jika tidak gemar untuk minum air suam kosong begitu sahaja, apa kata tambahkan perahan lemon, halia atau juga madu.

See also
Bual Cantik Bersama YBhg Puan Anis Nabilla

#2 Hilangkan Batuk Dengan Berkumur Air Garam

Semenjak dahulu lagi, amalan berkumur air garam ini menjadi pilihan ramai. Menurut Medical News Today, amalan ini mampu membantu mengurangkan lendir serta mengurangkan rasa sakit tekak. Ada kajian menyatakan berkumur air garam ini tidak semestinya membantu bunuh kuman secara efektif, namun ia boleh melegakan sakit batuk dan tekak. Caranya mudah, campurkan setengan sudu teh garam ke dalam secawan air suam. Larutkan dan biar ia sejuk sebelum anda berkumur. Lakukakn beberapa kali dalam sehari untuk merawat batuk dan sakit tekak dengan cepat.

#3 Elakkan Bercakap Dengan Kuat

Kurangkan bercakap atau berteriak, ia hanya akan menambahkan lagi rasa sakit pada tekak dan di dalam pada masa yang sama membuatkan batuk tidak bertambah baik. Bukan bermakna anda tidak boleh bercakap langsung, akan tetapi perlahankan nada suara atau kurangkan percakapan jika boleh. Lebihkan minum air suam untuk kekal hidrasi juga elakkan daripada mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok juga pengambilan alkohol secara berlebihan.

See also
Manjakan Wajah Secara Personalisasi Pertama Dunia