Solekan Dan Rambut Terbaik di MTV Video Music Awards 2023

9 Gaya Rambut & Solekan Terbaik Selebriti di VMA 2023

Selebriti Hollywood kembali menyerikan karpet merah dan kali ini kita menyaksikan bintang-bintang kegemaran ramai di MTV Video Music Awards 2023. Setiap mereka pula hadir dengan gaya solekan dan rambut yang cukup unik. 

Setiap kali hadirnya VMA, pasti muncul fesyen yang ikonik malah luar daripada jangkaan. Selebriti yang hadir pula berani untuk tampil berbeza dengan penampilan biasa, ini semestinya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat setia.

Tahun ini, kami menjangkakan munculnya pelbagai drama dan persembahan luar biasa yang biasanya mengiringi VMA, tetapi mata kami lebih tertumpu pada sesuatu yang lain iaitu kecantikan yang dibawa oleh selebriti yang hadir di anugerah itu.

9 Gaya Rambut & Solekan Terbaik Selebriti di VMA 2023

Penampilan kecantikan terbaik MTV VMA 2023 adalah seperti trend penuh, glamor dan over-the-top. Ini antara pilihan GLAM.

1. Selena Gomez

solekan dan rambut

Selena Gomez kelihatan sangat stunning dengan solekan inspirasi latte-makeup seperti bronze-y eyes shadow dan nutmeg lip.

Penyanyi ini tiba dalam gaun merah Oscar de la Renta dan menurut jurusoleknya, Hung Vanngo, dia menggunakan semua produk Rare Beauty untuk mencipta look ini.

Produk solekan dan rambut yang digunakan termasuk True To Myself Eyeshadow Palette, Soft Pinch Dewy Liquid Blush dan Kind Words Matte Lipstick.

See also
Ferragamo Nomadic, Stail Percutian Moden

2. Doja Cat

solekan dan rambut

Doja Cat tampil dengan penampilan mengejut apabila dia hadir di karpet merah VMA 2023 dengan dress putih inspirasi sarang labah-labah daripada Monse.

Untuk gaya solekan dan rambut pula, dia memilih untuk tampil dengan solekan mata frosted white eyes yang dihiasi dengan rhinestone serta lengkap dengan bulu mata dramatik ala-ala spider lashes.

Doja juga mengoles gloss dalam rona coklat dan mengenakan kuku palsu rona amber oleh Apres Nail.

3. Demi Lovato

Penyanyi popular ini membuktikan bahawa anda tidak perlu memakai ponytail atau updo untuk tampak edgy. Dia juga memastikan sedikit helaian rambutnya menjuntai di bahagian hadapan wajahnya serta rambutnya kelihatan licin dan basah untuk look ini.

Kali ini juga, Demi lovato hadir dengan solekan smoky eyes bersama dengan matte foundation yang tidak tebal sehingga freckles di hidungnya jelas kelihatan.

Bukan itu sahaja, solekan dan rambut yang dibawa Demi dilengkapi dengan pipi dan bibir rona coklat peach dan sedikit Tripeptide Plumping Lip Balm.

4. Sabrina Carpenter

solekan dan rambut

Ini semua tentang blush dengan rupa Sabrina Carpenter yang sangat ethereal. Terutamanya kemasan rambutnya yang bersinar bersama dengan long bangs.

Namun, bukan itu sahaja, untuk menyerlahkan rupa yang angelic, makeup artist iaitu Carolina Gonzalez, memberikan solekan Velor Beauty kepadanya.

See also
Beg Ikonik Longchamp Beri Penghormatan Pada Robert Indiana

5. Saweetie

Ramai beranggapa bahawa Barbiecore semakin pudar, namun ia masih belum hilang. Kali ini Saweetie hadir dengan gaya rona merah jambu head-to-toe. Solekan di wajahnya yang bertemakan rona merah jambu, membuatkannya tampak sangat gorgeous dan anggun.

Tidak lupa juga dengan rambut panjang ponytail yang digayakan olehnya. Saweetie turut mengenakan French manicure rona merah jambu menggunakan produk Apres Nail.

6. Taylor Swift

solekan dan rambut

Solekan dan rambut pilihan Taylor Swift kali ini lebih edgy dan moden. Penyanyi ini memilih untuk memakai dress panjang inspirasi 80-an yang juga menjadi inspirasi untuk solekannya.

Dia mengenakan celak sebagai tumpuan utama yang dipadankan dengan bibir glossy nude. Rambutnya pula diikat dengan gaya French twist yang dibiarkan beralun kemas.

7. Nicki Minaj

solekan dan rambut

Rona merah jambu Barbie sudah lama menjadi signatur Nicki Minaj, malah di VMA kali ini Nicki hadir dengan dress berkorset dengan vel rona sama.

Solekan dan rambut juga soft, dengan solekan mata cut-crease dan celak dramatic hitam. Rambutnya pula dibiarkan jatuh lurus, menjadikan look rapper ini sempurna dari atas hingga ke bawah.

See also
Sesi pengalaman wangian GLAM Beauty Club X Carolina Herrera Good Girl

8. Megan Thee Stallion

Megan Thee Stallion tampil dengan solekan mata yang sharp dan menggoda yang diinspirasikan oleh era 90-an glam. Menurut jurusolek Lauren Elise Child, dia menggunakan semua produk Revlon untuk Megan termasuk Revlon ColorStay Day to Night Eyeshadow Quad dan So Fierce! Prismatic Palette.

Untuk melengkap penampilannya, dia menggunakan lip liner rona coklat dan gloss yang tampak sempurna. Rambut Megan pula slicked back, manakala baby hair nya dibentuk untuk mencipta look yang fresh.

9. Cardi B

Rona perak dan krom melewati NYFW minggu lepas dan ini menjadi pilihan utama untuk look Cardi B. Rapper ini mengenakan solekan soft-matte latte dengan rambut panjang yang dibelah tengah. Dia melengkapkan keseluruhan penampilan dengan kuku krom yang menggunakan produk Apres Gel Couleur.

Bagi anda pula, solekan dan rambut siapakah yang paling menawan? Jangan lupa komen di laman sosial media kami!

Artikel berkaitan : Scha Alyahya & 9 Lagi Selebriti Bersinar Di Festival Filem Venice 2023