Justin Trudeau Mengakhiri Perkahwinannya Selepas 18 Tahun
Netizen Dakwa Ini Punca Sebenar Keruntuhan Rumah Tangga PM Kanada, Justin Trudeau

Netizen Dakwa Ini Punca Sebenar Keruntuhan Rumah Tangga PM Kanada, Justin Trudeau

Berita perceraian Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan bekas personaliti televisyen, Sophie Gregoire mengejutkan dunia.

Perkahwinan yang dibina selama 18 tahun terlerai selepas kedua-duanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Umum mengetahui Justin Trudeau dan isterinya berdepan pergelutan rumah tangga sejak beberapa tahun lalu. Malah mereka juga jarang dilihat bersama di khalayak ramai.

Justin Trudeau

Foto: Instagram

“Selepas beberapa perbincangan sukar dan bermakna, kami membuat keputusan untuk berpisah. Seperti biasa, kami kekal sebagai keluarga dengan rasa cinta dan hormat yang mendalam buat satu sama lain, serta segalanya yang telah dan akan kami bina bersama. Demi kesejahteraan anak-anak, kami mohon agar anda menghormati privasi kami sekeluarga,” menurut kenyataan bersama yang dimuat naik di Instagram.

Desas-Desus Kecurangan Justin Trudeau Tular

Walaupun baru sahaja mengumumkan perceraian, keretakan rumah tangga mereka telah lama dihidu rakyat jelata. Terdapat dakwaan yang mengatakan perpisahan mereka berpunca daripada kecurangan Justin Trudeau dengan Menteri Luar Negeri, Melanie Joly. Mereka dirakam bersama buat kali pertama ketika sedang menikmati makan tengah hari. Malah ada pihak mendakwa ternampak kelibat Perdana Menteri itu meninggalkan kediaman Melanie pada lewat malam. Ramai netizen menundung jari kepada ahli politik berusia 44 tahun itu, bagaimanapun tiada bukti sahih mengenai hubungan sulit mereka.

Justin Trudeau

Foto: Twitter

Terdapat satu lagi khabar angin mengenai punca perceraian mereka. Menurut beberapa laporan, Perdana Menteri berusia 51 tahun itu kemungkinan besar adalah gay atau biseksual. Spekulasi ini tular di media sosial, berserta foto mesranya dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Kedua-dua pemimpin itu dilihat berpelukan sambil tersenyum gembira, sekali gus mencetus spekulasi bahawa mereka menjalin hubungan terlarang. Sekali lagi, tiada bukti mengesahkan dakwaan itu dan ramai percaya ia adalah cubaan untuk menjatuhkan Justin Trudeau.

justin trudeau emmanuel

Foto: Twitter

 

See also
Punca Sebenar Victoria Beckham Tinggalkan Spice Girls

Foto: US Weekly

Baca: “Ada Sebab Saya Tidak Mampu Bertahan” – Melinda Gates Ulas Isu Perceraian