Carey Ng Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric
carey ng

Carey Ng Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu

Bekas Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng berkongsi pengalaman memandu uji Volvo C40 Recharge Pure Electric yang merupakan SUV elektrik-sahaja pertama daripada Volvo.  

Menurut Carey Ng, Volvo C40 Recharge Pure Electric sangat sesuai untuk keluarga. Bekas Miss Universe Malaysia 2013 itu berpeluang untuk memandu uji kereta SUV elektrik-sahaja yang pertama daripada Volvo Car Malaysia. Carey juga berkesempatan untuk memulakan peluncuran elektrik penuh gaya dengan memandu Volvo C40 Recharge Pure Electric yang terbaharu ke destinasi menarik di sekitar kota.

 

Volvo C40

Ikuti temu bual bersama bekas Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng yang berkongsi pengalaman memandu uji Volvo C40 Recharge Pure Electric:

Gambarkan Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam 3 perkataan?

Efisien, smooth dan berkuasa!

 

Dari segi desain luaran, apakah yang perkara pertama yang menarik perhatian anda?

Saiznya, ia sangat sesuai untuk keluarga. Tambahan, ia sangat mudah dan praktikal untuk pemanduan di sekitar kota ketika saya keseorangan.

See also
Bicara Peluncuran Elektrik Volvo Cars Bersama Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump

 

Bagaimana pula bahagian dalaman kereta? Apakah desain yang paling menarik perhatian anda?

Sistem maklumat hibur yang sangat bagus dan ruang dalam yang sangat luas. Ia memberikan keselesaan dan pemanduan yang mudah, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jarak jauh.

 

volvo Malaysia

 

Kongsikan pengalaman anda memandu Volvo C40 Recharge Pure Electric buat pertama kali?

Sangat mudah untuk dipandu buat pertama kali dan ianya sangat berkuasa. Sesuai untuk pemanduan sekitar kota dan juga luar bandar.

 

Apakah perbezaan memandu kereta elektrik berbanding kereta yang menggunakan enjin petrol?

Sangat senyap dan ringan jika dibandingkan dengan kereta standard. Pergerakan yang mudah sudah pasti memberikan kepuasan kepada pemandu dan penumpang. Great family car overall!

 

Pada pendapat anda, adakah Volvo C40 Recharge Pure Electric sesuai untuk wanita bekerjaya dan golongan ibu seperti anda?

Sudah pasti, ia merupakan kereta yang stress-free dan cukup mengagumkan untuk dipandu. Anak-anak juag gembiran dengan pemanduan yang lancar dan saya boleh pandu ke mana sahaja dengan mudah.

See also
Dior Beauty Boutique kini di Kuala Lumpur

 

carey ng

 

Kongsikan pengalaman mengecas kereta elektrik ini di rumah?

Sangat mudah dilakukan di rumah. Dan apabila anda menjumpai tempat pengecasan melalui aplikasi, proses untuk mengecas bateri kereta juga begitu mudah.

 

Pada pendapat anda, mengapa kereta elektrik merupakan masa hadapan sebenar dalam dunia automotif?

Ia sangat bagus untuk alam semulajadi, dan kerana itu ia perlu menjadi matlamat kita semua untuk masa hadapan.

 

Secara keseluruhan, mengapakah Volvo C40 Recharge Pure Electric menjadi pilihan pertama dalam pemilihan kereta elektrik anda?

I can’t think why not! Ia memberikan pemanduan yang lancar dan menyeronokan buat saya dan keluarga.

 

Volvo C40 Recharge Pure Electric juga merupakan kenderaan elektrik yang dipasang sepenuhnya di Malaysia. Buat yang berminat untuk mencuba kereta berkuasa elektik terbaharu ini boleh membuat tempahan pandu uji melalui platform e-dagang Volvo Car Malaysia. Nikmati baucar pengecas dinding (wallbox) bernilai RM7,000 dan dan perlindungan insurans Volvo Car sehingga RM7,000 apabila anda daftar Volvo C40 Recharge Pure Electric atau mana-mana model kereta Volvo daripada 1 Mei sehingga 30 Jun 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG. 

See also
Jason Derulo Sertai Barisan Juri The Voice Australia
*Tertakluk pada terma dan syarat

 

Foto: Aiman Yazid

Baca lebih lanjut: ‘Road Trip’ Yiu Lin Dan BFFs Bersama Volvo C40 Recharge Pure Electric