Elak Cas Telefon Waktu Malam, GLAM Kongsi Cara Gaya Hidup Hijau - Glam Malaysia
gaya hidup hijau

Elak Cas Telefon Waktu Malam, GLAM Kongsi Cara Gaya Hidup Hijau

Kami tahu tidak mudah untuk mengubah tabiat lama ke tabiat yang baharu. Terutama sekali apabila bercakap tentang amalan gaya hidup hijau. Namun, belum cuba belum tahu, bukan? 

Era hari ini berbeza dengan era gaya hidup dahulu. Lebih moden malah segalanya bergerak pantas. Dengan teknologi terkini yang semakin canggih, pembangunan semakin pesat, untuk mengamalkan gaya hidup hijau bukan mudah. 

Namun tidak semestinya gaya hidup seperti ini harus diamalkan secara drastik. Ambil pendekatan untuk menyelami amalan ini sedikit demi sedikit. Anda juga harus sedar, yang kita amat diperlukan untuk menyelamatkan bumi buat generasi kita di masa hadapan. Ayuh, GLAM kongsikan 3 langkah terbaik untuk menikmati gaya hidup hijau ini.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Cas telefon anda di waktu siang

Mungkin anda tidak sedar bahawa mengecas telefon di waktu malam amat membahayakan. Bukan itu sahaja membiarkan ia di bawah pengecasan semalaman walaupun bateri telefon sudah penuh hanya akan mengakibatkan pembaziran elektrik. Cas telefon anda di kala siang agar mudah untuk anda mengesan kadar kuasa telefon anda. 

See also
Selena Gomez Sarung Baju Yang Sama Beberapa Kali, Sustainability to go!