Azura Abas Sukses Di Usia Muda Menerusi Sains - Glam Malaysia
Azura Abas Sukses Di Usia Muda Menerusi Sains

Azura Abas Sukses Di Usia Muda Menerusi Sains

Bahagia! Betapa sukarnya untuk hidup lebih bahagia selepas kita mengalami pandemik dunia yang kejam. Bukan sekadar hilang nyawa, ramai juga terjejas kehidupan dan mengalami tekanan mental. Azura Abas banyakkan bersyukur kerana kepuasan hidup akan hadir daripada ucapan syukur setiap hari.

pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM penulis MARINI MAT ZAIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan SAHIR SABRI dandanan YUSOF RUZAIMI pembantu pelatih NISA SYUHADA

DR. AZURA ABAS MENGAYAKAN JAKET TAILORED BERLAPIS GILET DARI MATERIAL WOOL DIPADANKAN BERSAMA CELANA POTONGAN WIDE LEG YANG SEPADAN. SANDAL BERTUMIT TINGGI GANCINI DAN RANTAI AURA DARI KOMPOSISI KULIT NAPPA MELENGKAPKAN GAYA SEPERSALINAN ILHAM SALVATORE FERRAGAMO.

Saban hari berita duka diterima. Betapa sakitnya manusia hari ini dan masih adakah lagi harapan untuk kita semua hidup kembali positif? Azura Abas bercerita lanjut.

Ditemani suami seorang doktor selebriti yang juga pengacara tersohor, namun tumpuan hari ini hanyalah kepada Dr. Azura Abas. Sememangnya wanita ini sangat cantik. Tidak hairan dia turut menjadi tumpuan. Dr. Azura tidak pernah bercita-cita mengikut jejak sang suami sebagai seorang personaliti.

See also
Perkahwinan Magikal Che Puan Juliana Evans Bersama Tengku Shariffuddin Shah

Azura Abas, Self-Love Connoisseur

Namun dia semestinya mendukung penuh kerjaya Dr. Say Shazril. Sama-sama bergelar doktor, pertemuan pertama mereka ketika belajar kedoktoran di India. Dr. Azura kini juga pemegang Master dalam Science Medical Physiology di MSU. Lebih membanggakan, di usia 33 tahun, Dr. Azura kini memiliki klinik swasta yang dibuka bersama dua rakan kongsi. Menurut Dr. Azura dia buka klinik sendiri untuk punya lebih waktu dengan keluarga dan diri sendiri.

Azura Abas Sukses Di Usia Muda Menerusi Sains

Kerjaya dua tahun sebagai pembedahan am di hospital kerajaan mengikat dirinya. Dia agak sibuk. Namun, hari ini kesibukan Dr. Azura beralih kepada menguruskan bisnes. Lebih-lebih lagi Klinik Medinna 24 Jam baru dibuka Mei lalu. Buat masa ini Dr. Azura dan dua rakan kongsi yang juga doktor, bertugas secara bergilir-gilir di klinik. “Sekarang pun sibuk juga. Harapan saya agar pendapatan klinik lebih stabil dan kami mampu mengambil doktor dan kaki tangan lain. Kalau boleh saya mahu beri tumpuan pada bahagian pentadbiran yang monitor klinik sahaja,” ujarnya tersenyum.

KALI PERTAMA MENGETAHUI AEZRIEL AUTISME, SAYA DAN SUAMI MURUNG. KAMI AGAK TERTEKAN. NAMUN, SATU TAHAP KAMI TERIMA HAKIKAT DAN JALANI HIDUP LEBIH POSITIF — AZURA ABAS

Dr. Azura banyak melakukan konsultasi dengan pesakit secara peribadi. Tugasan di klinik swasta sangat ringan. Jika mereka mengesan penyakit lebih serius, mereka akan dirujuk ke hospital besar untuk rawatan lanjut. Namun Dr. Azura begitu mengambil berat pesakit dan menjaga kebajikan mereka. Penting menjaga komunikasi dengan pesakit. Bukan bulat-bulat menyerahkan mereka kepada jururawat. Malah Dr. Azura sendiri akan menasihati pesakit cara terbaik untuk pengambilan ubat. Dia memastikan adanya sentuhan peribadi dalam semua aspek. Dia mahu pesakit kembali membawa ahli keluarga atau kenalan mereka untuk menerima merawat di Klinik Meddina 24 Jam.

See also
Enam Stail Berparti Naomi Campbell Paling "Outstanding"
  • Baca lanjut dalam GLAM November 2022.

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Yinn Ooi