Sembang Cantik Bersama Fyza Kadir - Glam Malaysia

Sembang Cantik Bersama Fyza Kadir

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

GLAM menemubual secara eksklusif bersama Fyza Kadir tetamu Most GLAM 2022 yang ingin berkongsi pendapatnya mengenai dunia kecantikan di matanya. Yang juga menganggap dunia kosmetik ini bakal menjadi bidang terjun buat dirinya.

Fyza menyarung jaket Gucci

Apakah memori pertama anda bersama solekan?

Sewaktu kecil lagi, seawal usia 10 tahun ibu saya sudah menghiasi saya dengan pelbagai benda yang cantik dan menarik. Saya masih ingat melihat ibu meluncur laju dengan bersolek cantik dari gincu hinggalah ke pemerah pipi sebelum bersedia untuk keluar makan malam bersama ayah.

Sejak dua tahun yang lalu, apa perubahan yang berlaku dalam kehidupan anda?

This year is better than last year! Disebabkan tahun yang sebelum ini masih berada di rumah disebabkan pandemik. Saya banyak menghabiskan masa untuk self-reflect,luangkan masa bersama keluarga. Tahun ini saya bakal menampilkan jenama kecantikan diri, yang selama ini saya nanti-nantikan.

Artikel berkaitan GLAM Skop Cantik : The Upside Down

See also
Kembara Fesyen Marion Caunter

Bagaimana platform media sosial ini memainkan peranan utama dalam membentuk keyakinan diri tinggi?

Media sosial ini ibarat diari. Kerana ia merupakan satu ruang atau sesi yang ringkas dalam menyampaikan mesej dan juga berita. Saya suka melihat individu di laman Instagram terutama influencer sering tampil menawan, cantik dan sangat dedikasi dengan apa yang mereka lakukan. Ini membantu saya untuk tampil lebih yakin.

Apa pula gaya ideal harian anda?

Saya lebih gemarkan gaya yang ringkas tetapi stylish. Bagi saya walaupun tampak ringkas namun perlu ada elemen sesuatu tidak kiralah fesyen mahupun kecantikan. Dan paling penting adalah selesa sepanjang hari.

Tiga peraturan cantik yang anda ikuti..

Basic skincare regime is a must! Tanpa rutin penjagaan yang ringkas ini ibarat tidak lengkap hari saya. Pertama saya akan mencuci wajah secara double cleansing, setelah itu meletakkan toner, serum dan sekali-sekala saya akan membuat rutin pengelupasan kulit wajah untuk membuang pori yang tersumbat atau kulit kotor. Tidak lupa pelembap wajah dan pupur wajah. Kedua, tidak tinggal krim tabir suria, mengambil pemakanan sihat, minum air putih dengan lengkap dan tidur yang secukupnya. Ketiga, sayangi diri dengan self-reward moment di pusat rawatan spa atau salon rambut.

See also
Alexandra Shulman Bakal Meninggalkan British Vogue Jun Ini