5 Swafoto Bersama Selebriti Inspirasi GLAM - Glam Malaysia
5 Swafoto Bersama Selebriti Inspirasi GLAM

5 Swafoto Bersama Selebriti Inspirasi GLAM

Swafoto menjadi lebih indah apabila dapat memotret momen bersama yang tersayang dan yang pasti ianya harus dirakam abadi kerana ia tidak mungkin dapat diputar semula. 

Swafoto atau lebih popular dengan panggilan ‘selfie’ adalah sebentuk fotografi yang khas dipanggil buat yang mahu memotret foto sendiri. Namun tidak semestinya anda bergambar seorang. Anda juga boleh mencipta momen indah bergambar bersama seseorang atau yang tersayang. 

Namun, pada kami, jika hendak mengambil swafoto, paling utama sekali adalah pada kualiti kameranya. Tidak semua telefon pintar punya fungsi kamera hebat. Malah lebih bermakna apabila swafoto tersebut diambil menggunakan telefon pintar berkualiti tinggi seperti Samsung Galaxy Z Flip4.

Sudah dibawa jalan merata, tidak mengenal waktu baik siang mahupun malam, indoor ataupun outdoor, kami boleh katakan kualiti kamera Samsung Galaxy Z Flip4 langsung tidak menghampakan. Belum pernah kami jumpa hasil swafoto terbaik sebegini. 

Pengurus Kandungan Digital GLAM Malaysia, Amira Azman, berpeluang berswafoto bersama beberapa insan yang menjadi inspirasi buat dirinya ketika mengembara juga ke acara parti sekitar Kuala Lumpur. 

See also
Nyawa Stephen ‘Twitch’ Boss Berakhir Di Tangan Sendiri

 

1) Shalma Ainaa

Sewaktu menjalani sesi penggambaran GLAM Reveals episod pertama, saya sempat merakam gambar kenangan bersama pengacara popular ini. Tidak langsung menggunakan sebarang pengcahayaan tambahan, swafoto ini diambil dengan cukup bersahaja. Lihatlah betapa berkualitinya definisi gambar ini. Shalma Ainaa yang merupakan tetamu undangan juga kelihatan begitu cantik sekali.

2) Angel (DOLLA)

Sewaktu mengemudi acara GLAM Lelaki Alpha Men 2022 yang kami anjurkan, saya sempat bertemu beberapa rakan selebriti, salah seorangnya Angel, ahli kumpulan DOLLA. Tertarik dengan personaliti wanita ini yang cukup bersahaja. Dia menyapa, “I love your makeup!” dan saya rasa terharu langsung membalas, “I love you!” . Antara artis baharu yang pada saya punya budi pekerti indah dan sopan santun orangnya. 

3) Rizal Rasid

Sudah mengenali Rizal Rasid semenjak beberapa tahun yang lalu, personaliti dirinya masih sama. Seorang yang cukup merendah diri dan tidak sombong bertegur sapa. Penyanyi yang kian meningkat namanya serta berasal dari Brunei ini turut dijemput menghadiri ke majlis GLAM Lelaki beberapa minggu lalu. 

See also
Agenda Fesyen Kylie Jenner. GLAM Pilih Lima Stail Terbaik

4) Daiyan Trisha

5 Swafoto Bersama Selebriti Inspirasi GLAM

Tidak perlu diperkenal lagi, Daiyan Trisha, selebriti popular juga inspirasi ramai anak muda di luar sana. Cukup berbakat, baik menyanyi, berlakon atau juga mengacara. Berjumpanya di majlis GLAM Lelaki yang lalu, memberi peluang untuk saya bertanya khabar dengannya. Katanya, sentiasa sibuk dengan kerja!

5) Ram Hiralal

Bukan selebriti, namun tidak kurang calang-calang orangnya. Ketika lawatan kerja ke Bali, sempat saya berkenalan bersama Pengurus Besar hotel mewah Jumerah Bali, Ram Hiralal. Mempunyai pengalaman yang luas dalam pengemudian hotel dari Kuala Lumpur, Maldives, Thailand, Indonesia juga Caribbean. Percaya atau tidak, wanita hebat ini adalah anak kelahiran Malaysia? Sungguh bangga saya mendengarnya.

 

#FlexEveryAngle bersama Samsung Galaxy Z Flip4

Sememangnya pengalaman unik bersama Samsung Galaxy Z Flip4 ini kerana ianya sungguh mudah. Tahukah anda, terdapatnya fungsi Quick Shot di mana anda tidak perlu bersusah-payah membuka lipatan telefon pintar ini dan membuka aplikasi kamera semata-mata untuk berswafoto? Sesungguhnya fungsi paling terbaik pernah saya jumpa. Anda hanya perlu menekan butang di sisi telefon, dan paparan skrin kecil di telefon akan bertukar menjadi paparan kamera. Begitu mudah kan?

See also
Rahsia Kulit Berseri Alicia Keys

Bukan itu sahaja, fungsi FlexMode juga adalah antara fungsi kegemaran saya apabila berswafoto dengan telefon pintar ini. Tidak perlukan tripod, ternyata saya tetap masih boleh bergambar dengan cara hands-free paling sempurna! Lipatkan separuh telefon ini dan letakkan di permukaan rata. Kemudian tunjukkan sahaja telapak tangan ke arah skrin dan kamera, ia secara automatik akan mengaktifkan self-timer. 

Kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan koleksi swafoto yang telah saya rakamkan ini. Walaupun gambar-gambar ini tidak langsung saya edit, ia tetap memberi hasil warna yang seimbang dan tetap vibrant serta lebih berkualiti berbanding telefon pintar saya sebelum ini.

Apa tunggu lagi, dapatkan Samsung Galaxy Z Flip4 untuk pengalaman swafoto paling bermakna! 

 

Pautan Berkaitan: Riadah Hujung Minggu Sempurna Dengan Samsung Galaxy Z Flip4