Eksklusif : Elle Fanning, Wajah Baharu FAME oleh Rabanne - Glam Malaysia
Eksklusif : Temu Bual bersama Elle Fanning, Wajah Baharu FAME oleh Paco Rabanne

Eksklusif : Elle Fanning, Wajah Baharu FAME oleh Rabanne

Bersama Elle Fanning, berkongsi tentang kecantikan dan perasaannya menjadi wajah baharu kepada haruman FAME oleh Paco Rabanne ini.

Ikuti temu bual eksklusif GLAM bersama Elle Fanning yang merupakan wajah baharu haruman Paco Rabanne ini.

 

1) Kongsikan bau pertama yang masih anda ingat?

Saya masih ingat lagi sewaktu kecil saya suka mengaduk haruman-haruman milik nenek. Terasa seperti orang dewasa apabila menyembur haruman ketika itu.

 

2) Apakah haruman pertama yang anda miliki dan bagaimana perasaan anda terhadap haruman tersebut?

Sesungguhnya haruman pertama saya sangatlah manis. Saya memakainya sepanjang sekolah menengah. Ianya sejenis haruman kegemaran remaja yang cukup klasik dan saya mungkin telah menyemburkan lebih daripada yang sepatutnya.

 

3)  Pernahkah anda menggunakan haruman sebagai salah satu elemen untuk menyelami karakter lakonan anda? 

Saya pernah mendengar para pelakon menggunakan teknik ini, pada saya ia sangat menarik. Saya tidak pernah mencubanya lagi, tetapi alangkah seronoknya jika dapat mencipta sesuatu haruman khas untuk karakter tersebut.

See also
Remaja Paling Berpengaruh Di Dunia Untuk Tahun 2017

 

4)  Anda bukan sekadar seorang selebriti, anda juga merupakan idola fesyen ramai. Adakah anda mengekpresikan diri anda melalui stail yang anda gayakan harian?

Memang saya seorang yang gemar mengkespresi diri melalui apa yang saya pakai. Saya sedang melalui fasa hidup dan selalunya mood yang akan menentukan apa saya ingin sarung pada hari tersebut. 

 

5) Siapa ikon fesyen anda?

Grace Kelly, Mary-Kate dan Ashley Olsen, Alexa Chung, Carolyn Bassette-Kennedy dan Marilyn Monroe.

 

6) Apakah makna Paco Rabanne di mata anda?

Paco Rabanne pada saya ia satu jenama yang sangat cool dan bersahaja. Ia juga memiliki sedikit unsur-unsur seperti genit dan nakal, which I love.

 

7) Siapa pula wanita Paco Rabanne di mata anda?

Dia seorang yang tidak terlalu mencuba. Sesungguhnya dia seorang yang sangat natural dan sofistikated. 

 

8) Boleh kongsikan dengan kami, apakah yang membuatkan anda suka dengan haruman FAME oleh Paco Rabanne ini?

See also
Elle Fanning Membintangi Kempen Tema Pantai SS17 Miu Miu

Saya sukakan aroma bunga Jasmine dan buah mangga. Sangat segar dan boleh disarung dan disemburkan baik pada sebelah siang hari ataupun malam.

 

9) Jika boleh dikongsikan, haruman ini melambangkan apa pada diri anda?

Pada saya, haruman ini melambangkan kekuatan dan elegan.

 

10) Apakah yang anda ingin katakan kepada wanita yang bakal menyarung FAME ini?

Nikmatilah perasaan yang bakal anda rasakan setelah menyarung haruman yang unik ini. Saya berharap ia akan membuatkan wanita-wanita di luar sana lebih berkeyakinan dan bertenaga.

 

11) Jalan cerita FAME ini menunjukkan lebih kepada gaya hidup wanita Paris. Apakah tentang Paris yang dekat di hati anda?

Paris adalah bandar kegemaran saya! Sangat chic dan mengujakan. I love visiting Paris and welcome any excuse to go there!

 

12) Apakah perasaan anda setelah dilantik menjadi wajah baharu haruman FAME ini?

Saya sangat sukakan jenama Paco Rabanne dan semestinya satu penghormatan menjadi wajah kepada haruman jenama ini. Ia bagai mimpi menjadi realiti apabila berpeluang menjadi sebahagian daripada keluarga kepada jenama ikonik ini! 

See also
Merawat Kesan Penuaan Dengan Manfaat Ginseng

 

Pautan Berkaitan: 9 Wangian Yang Anda Harus Cuba Untuk Meningkatkan Penampilan Diri