WYNKA; Idea Karen Lau Menjulang Kewanitaan Sejati - Glam Malaysia
WYNKA

WYNKA; Idea Karen Lau Menjulang Kewanitaan Sejati

Idea Karen Lau selaku pengasas buat jenama WYNKA adalah meraikan karakter womenhood, keriangan juga membina keyakinan pada setiap wanita.

Apa yang membuatkan kamu mahu menceburi dunia fesyen dan melancarkan jenama sendiri?

Saya sudah bertahun dalam industri ini dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke dalam jurusan seni halus. Fesyen sudah sebati dengan diri dan tidak dapat saya tolak cinta itu. Makanya, saya gabungkan dua cinta saya dan ditafsirkan seni itu pada setiap fabrik yang direka.

wynka

Karen Lau, Pengasas WYNKA

Siapakah orang yang ketika ini memberi inspirasi kepada kamu?

Agak sukar untuk memilih satu sumber inspirasi buat setiap koleksi, kerana setiap wanita yang saya temui mampu membuahkan inspirasi kepada saya. Ibu yang bekerja di pejabat, suri rumah tangga dan melihat wanita-wanita ini sentiasa gagah dan menjadi batu penguat buat keluarga masing-masing. Melalui koleksi WYNKAXDebbie ini, saya mahu raikan dan mengabadikan mereka semua. Kini, wanita sudah versatil, dalam cara mengemudi hal ehwal rumah tangga dan masih kelihatan fabulous!

See also
Malam MOST GLAM 2015

Siapakah wanita WYNKA?

Dia adalah seorang yang bold! Tidak takut untuk menjadi apa yang mereka mahukan.

Loungewear yang sempurna buat wanita

Dimana datangnya idea untuk melahirkan koleksi bersama Debbie Goh?

Kami diperkenalkan oleh kenalan dan terus rapat. Saya kagum melihat ketangkasannya dalam memperkemaskan koleksi ini. Melalui Debbie, saya sudah ketemui muse dan sahabat baharu. Kami berdua mahukan sesuatu yang bersifat inklusif dan meraikan setiap wanita. Juga, pendamik ini memberukan kami untuk berfikir lebih luas dalam menyediakan ceraian yang chic dan selesa. Himpunan lounge wear di WYNKA akan menepati citra fabulous!

Debbie Goh, muse dan sahabat baharu buat WYNKA

Apakah ceraian yang penting daripada himpunana WYNKAXDebbie?

Jaket Hug Me adalah satu item penting dalam koleksi ini kerana ia mencerminkan sifat kepelbagaian. Koleksi baju ruamh yang selesa tetapi make it fashion! Nilai mewahnya boleh dilihat pada pemilihan fabrik. Bergaya ikut selera sama ada segar dari beristirehat atau mahu sarungkannya ke acara malam. Sejujurnya, jaket ini memberi jawapan dalam dilema saya yang selalu menunggu untuk keluar. Sambul tunggu masa, sarungkan sahaja jaket ini!

See also
Pertunjukan Fesyen 2 Dalam 1 Antara Monse & Oscar de la Renta

Pautan Berkenaan: Puteri Bongsu Steve Jobs, Eve Buat Kemunculan Pertama Di Pentas Minggu Fesyen Paris