Prismatik Mood Di Belakang Pentas Musim Luruh 2021 - Glam Malaysia

Prismatik Mood Di Belakang Pentas Musim Luruh 2021

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ragam warna di belakang pentas musim luruh 2021 seperti memburu kehangatan trend solekan terkini. Bring summer to your fall glamour.

 

Musim ini, cukup berbeza. Tidak seperti yang disangkakan. Segalanya dalam imaginasi penuh keghairahan dalam mencipta gimik ilham post-vaccine! “Fall Glam is all about warm and toasty tones, deep wines and hunter green hues,” petikan kata jurusolek selebriti Jazzmin Jordan. Setelah beberapa tahun dunia kecantikan hanya kekalkan solekan minimal, atas sandaran terhadap apa yang berlaku di dunia akibat pandemik dan untuk musim luruh 2021 kebangkitan mula terasa. Kembali kepada kegemilangan dunia kosmetik penuh dengan warna-warni, bold dan keriangan. Seperti di Salvatore Ferragamo ilham fiksi-ilmiah masa depan dengan tubuh badan disimbahi tona metalik. Turut kelihatan ilham throwback 90-an dan kegilaaan Y2K menghiasi di belakang pentas musim ini.

 

 

Artikel berkaitan Memo Olfaktori

GLAM kembalikan ciptaan ilham solekan penuh percikan rona dari ilham musim luruh 2021. Jurusolek selebriti, Sahir Sabri diberi kepercayaan untuk menatarias kanvas wajah polos, model Hannah Hashim. Jelasnya, “Debut solekan untuk musim ini adalah segalanya bertemakan seleksi warna terang yang mengundang asipirasi baru dalam kehidupan kita.” Dari ilham solekan mata bold kepada badan bersadurkan warna seperti dilihat di pentas Moshino cukup gambarkan trend ini berbeza dari sebelumnya. Dari ilham backstages ke rutin solekan utama, jadikan beberapa trend ini sebagai update baru untuk anda yang sentiasa dahaga idea terkini dan lain dari yang lain. GLAM bariskan 10 trend solekan dan rambut Fall F/W 2021 sebagai panduan dan sumber inspirasi anda.

See also
Tiru Trend Kuku Musim Bunga/Panas 2021