Datin X: Ipar Duai Berpecah Belah, Porak Peranda Rumah Mentua - Glam Malaysia
Datin X: Ipar Duai Berpecah Belah, Porak Peranda Rumah Mentua

Datin X: Ipar Duai Berpecah Belah, Porak Peranda Rumah Mentua

Bukan senang bila ipar duai duduk satu rumah. Lagi-lagi bila ada kelibat kedua-dua mentua. Ah… kacau dibuatnya!

Sudah menjadi asam garam berkeluarga, anda perlu sentiasa up for the game. Datin X pasti, yang menantu tak habis-habis mencari modal mengambil hati ibu mentua. Yang si Ibu pula mulalah mengambil kesempatan hendak demand yang bukan-bukan. Begitulah alam perkahwinan kerana pasangan berkahwin mana boleh lari dari drama sinetron ini. Namun yang menambah tekanan apabila ipar duai duduk satu rumah bersama kedua mentua, tak sekepala dan sentiasa berbalah dalam diam, ini suatu mimpi buruk yang menakutkan!

Bayangkan bila sering ‘berperang’ 24 jam (Datin X tak boleh bayang!). Dia mengata dia, yang satu lagi asyik menokok tambah cerita. Mana satu yang betul ya? Datin X kenal rapat dengan dua sosialit terkenal Malaysia ni. Siapa tak kenal dengan Julie dan Jane. Nama pun sudah seakan-akan dan tambah awkward bila selalu tersalah sebut oleh mentua tapi malangnya mereka berdua langsung tak boleh gel. Bukan sahaja tak sekepala, malah sering bermasam muka bila berdepan dengan satu sama lain.

See also
Acara Parti 'House Of RE' Rai Ulang Tahun Ke-3 Berlangsung Penuh Meriah

Adalah satu ketika Datin X nampak mereka makan semeja, bergelak ketawa bersama sosialit lain di media sosial tapi keakraban mereka sering Datin X ragui. Julie adalah isteri anak lelaki pertama Datin Seri Q. Jane pula merupakan menantu perempuan Datin Seri Q yang kedua. Apalah nasib menantu berdua ni bila duduk satu rumah bersama. Seram sejuk membayangkannya, kan?

Sejak lahir hingga sudah dewasa dua beradik lelaki ini sering dilabel Mama’s boy. Mana tidaknya, dari kecil mereka sering berkepit sampai tak boleh berenggang langsung! Memiliki taste yang sama tinggi dengan ibunya, kedua-dua anak lelaki Datin Seri Q bernikah dengan sosialit paling hot and famous di Malaysia. Hmm… walaupun sama-sama hot mereka berdua masih perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu sebelum diterima menjadi sebahagian dari keluarga Datin Seri Q.

Phew! Sukar nampaknya untuk berada di tempat Julie dan Jane ketika ini. Hot sahaja bukan kayu pengukur untuk hidup senang lenang. Datin X tak boleh bayangkan betapa gigihnya usaha mereka agar dapat menjadi suku sakat Datin Seri Q. Walau banyak halangan yang perlu mereka tempuh hanya untuk memenangi hati kedua mentua mereka. Sigh!

Pautan berkaitan: Datin X: WARNING! KL Dipenuhi Datin Super Fake

See also
Datin X: Suami Curang dengan Anak Tiri Sendiri

Antara mereka berdua, Datin X lebih rapat dengan Julie. Baru-baru ini kami berpeluang hangout bersama sebelum PKP 3.0 dilancarkan. Terkejut Datin X bila mendapat tahu updates terkini tentang apa yang sudah terjadi. Ceritanya, mereka berbalah sekali lagi, cuma yang kali ini agak serius bila adegan tumbuk-menumbuk, bergomol sambil tarik-menarik rambut berlaku. Dahsyat! Jane kaki bawa cerita sudah canang cerita yang bukan-bukan tentang Julie dan mahu menang dalam apa jua situasi. Tapi hal tentang dirinya disorok dan tidak ramai yang tahu. Persengketaan bersama Julie sering berlaku bila dia mahu meraih undi Datin Seri Q untuk membenci birasnya itu.

Tidak mustahil cerita dia dipulau teman-teman dari negara jiran (Brunei) adalah benar belaka. Semua tidak mahu rapat hingga tiada ‘seekor’ pun kekal lama dengannya. Itu juga salah satu sebab dia segera ‘menjala’ orang kaya di Malaysia. Sejak berkahwin dia menetap di sini dan bernasib baik kerana mendapat kewarganegaraan Malaysia. Begitulah cerita Julie kepada Datin X. Yang penting di kalangan sosialit Malaysia juga sudah mula hidu cerita Jane sedang menjalin hubungan sulit dengan toyboy dan khabarnya sudah deactivate akaun Instagramnya agar tidak ‘pecah lubang’ dan sampai ke pengetahuan mentuanya.

See also
Tinjau Kediaman Mewah Cher Bernilai RM92 Juta Di La Gorce Island

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM JUN/JULAI 2021

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa