Rahsia Kulit Lembap 72 Jam - Glam Malaysia

Rahsia Kulit Lembap 72 Jam

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kulit kekal lembap selama 72 jam! Tempoh maksima ini segalanya menerusi produk terbaru Fresh bakal buat anda teruja!

Jenama kecantikan kulit terkenal Fresh sering hadir dengan barisan produk penjagaan kulit wajah yang menjadi pilihan ramai. Pasti di antara anda punya masalah kulit kering, breakout dan sebagainya. Namun, adakah anda tahu bahawa setiap hari kulit kita akan kehilangan jumlah isipadu air secara semula jadi melalui lapisan dalaman kulit iaitu epidermis hinggalah ke permukaan kulit wajah. Ini yang membimbangkan kerana tanpa sedar ia berpunca daripada perubahan cuaca, amalan diet tidak seimbang dan juga gaya hidup anda. Semakin umur meningkat daya ketahanan kulit juga agak rapuh. Kulit yang dehidrasi ini sangat menyumbang kepada masalah penuaan.

Krim muka Rose Deep Hydration ini juga antara krim wajah pilihan ramai.

Trend penjagaan kulit wajah seperti over-cleansing, terlebih guna bahan asid atau over-exfoliating juga merosakkan permukaan kulit. Tidak semestinya beriya menjaga wajah itu hasilnya positif. Cukup sekadar mengikut langkah yang bersesuaian. Jika selama ini anda ingat tempoh 24 jam itu cukup untuk melembapkan kulit wajah,  menerusi produk terbaru Fresh yang diperbaharui formulanya lebih inovatif menjanjikan kelainan. Krim muka Rose Deep Hydration ini juga antara krim wajah pilihan ramai.

See also
10 Tip Kembara Cantik

Artikel berkaitan Hyaluronic Acid Wajib Dalam Rutin Penjagaan Kulit

Keluaran baru ini gabungkan formula mood-boosting dengan tekstur krim lightweight dan cepat serap pada kulit wajah. Sudah tentu aroma bunga ros itu beri kesegaran berpanjangan. Beri kelembapan selama 72 jam ini adalah 3 kali ganda daripada krim terdahulu yang hanya beri kelembapan selama 24 jam.

Krim muka Fresh Rose Deep Hydration ini punya kandungan formula Asid Hialuronik yang memberi kelembapan secara segera. Tambahan teknologi yang mengubah 3 element pelembap seperti acacia gum, algin dan serine. Setiap element ini cipta ruang mikro pada permukaan kulit wajah dalam proses kelembapan kulit. Rahsia kunci kulit lembap berpanjangan adalah terletak pada ekstrak Damask Rose. Yang dipetik secara manual daripada Rose Valley, Bulgaria. Hampir 200 kuntum bunga pelbagai spesis digubah bersama untuk membantu proses ekstrak.

Cara penggunaan efektif bersama krim muka Rose Deep Hydration ini adalah bersama Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum yakni next-gen serum yang gabungkan element air dan minyak. Kulit akan lebih dewy, lembut dan anjal. Boleh dapatkan krim ajaib ini di gedung kecantikan Sephora Malaysia.

See also
Jana Semula Kulit Lebih Cepat Daripada Usia