Zoe Kravitz, Lambang "21st Century Fashion Girl" - Glam Malaysia
Zoe Kravitz, Lambang "21st Century Fashion Girl"

Zoe Kravitz, Lambang “21st Century Fashion Girl”

Zoe Kravitz, menginjak dewasa sebagai ikon fesyen. Terdahulu, anak muda ini diperkenalkan sebagai anak kepada bintang rock, Lenny Kravitz dan Lisa Bonet, kini Zoe tak perlu pengenalan sebegitu lagi. Kini, Zoe lebih dikenali sebagai ikon fesyen masa kini. Mungkin ada yang berpendapat, usianya masih muda untuk bergelar ikon fesyen. Namun, penampilannya sejak kebelakangan ini, diperhatikan semakin ‘serius’ dan ternyata Zoe menitik beratkan fesyen yang tegap dalam memperkenalkan dirinya sebagai pelakon, selain inspirasi kala berfesyen.

Minggu lalu, kita dikhabarkan dengan berita sedih tentang hubungan cintanya. Zoe dilaporkan telah memfailkan penceraian dengan Karl Glusman setelah 18 bulan berkahwin. Kami turut bersedih atas perkhabaran tersebut, namun Zoe cemerlang sebagai wajah masa kini, yang mana memiliki cita rasa fesyen yang mengagumkan. Siapa boleh lupa akan gaun Oscar de la Renta yang disarung Zoe sewaktu penganjuran SAG Awards 2020? Rambutnya ditata pendek “pixie”, menyerlahkan bentuk mukanya, serta identiti gayanya yang bersifat maskulin. Menurut sumber, potongan rambut “pixie” tersebut membuat ‘kemunculan’ adalah disebabkan watak baharu yang bakal dilakonkannya. Iaitu sebagai Catwoman. Ya, Zoe adalah Catwoman era baharu.

See also
Hedi Slimane Meninggalkan Saint Laurent

Penampilan Zoe sewaktu di SAG Awards ada iras gaya-gaya ikonik Audrey Hepburn. “Bow” pada bahagian pinggang gaun, mengertikan baju perkahwinan Zoe Kravitz, yang mana menggarap inspirasi gaun kahwin sebagai ilham.

Gaun perkahwinan Zoe, yang mana perkahwinannya diadakan pada musim panas 2019, juga diangkat antara momen perkahwinan selebriti yang ikonik. Zoe mempamerkan dua gaun perkahwinan sewaktu meraikan hari bahagianya. Gaun perkahwinan Zoe yang kedua merupakan paling “impactful”. Zoe memilih pereka fesyen, Alexander Wang untuk mereka gaun perkahwinannya. Zoe ada berkongsi gaun tersebut. Menggabungkan identiti Zoe, juga pada masa yang sama menyuntik kreativiti Alexander Wang.

Setakat ini, Zoe adalah antara nama yang menjadi rebutan klien-klien fesyen. Tak hairanlah, Zoe kini, menjadi muse fesyen kepada rumah fesyen Saint Lurent. Selain gaun Oscar de la Renta di SAG Awards 2020, terdapat momen lain yang dianggap “greatest fashion moments”. Variasi gaya pernah dicipta Zoe, yang meletakkan jati dirinya sebagai rencana perjalanan fesyennya. Bagi Zoe, apa yang dilakukannya sewaktu ‘bermain’ fesyen, melambangkan jati diri seorang wanita era baharu berfesyen.

See also
Forevermark Avaanti Beri Desiran Mewah Baharu

Sumber gambar: Google

Artikel berkaitan: Keluarga Kardashian Mendahului Carta Gaya Krismas!