Tip Berguna Memakai Pemerah Pipi - Glam Malaysia
Tip Berguna Memakai Pemerah Pipi

Tip Berguna Memakai Pemerah Pipi

Bila datang musim malas bersolek, memang beg mekap berhabuk tak terusik. Percaya atau tidak pemerah pipi menghidupkan wajah pucat anda.

Pemerah pipi punya pelbagai tekstur seperti jenis bedak, serbuk, gel atau krim. Semuanya direka istimewa untuk keselesaan anda. Ikuti cara pemakaian pemerah pipi dengan betul dan lihat perubahannya. Anda pasti terkesima!

Kenali warna kulit wajah

Kita mempunyai perbezaan kulit wajah samada cerah, kuning langsat , sawo matang dan gelap. Jika anda berkulit cerah, pilihan warna merah jambu lembut seakan serasi kerana ia menyerlahkan kulit wajah dan tampak semula jadi. Sawo matang pula sesuai dengan olesan rona pic jingga.  Kulit kuning langsat lebih kepada warna yang agak warm biar nampak senada. Dan untuk kulit gelap pula, pilihlah rona terang lebih nampak pop-up.

NARS ORGASM BLUSH

Khas untuk jenis kulit berminyak dan cepat berpeluh

Elak menggunakan pemerah pipi jenis tekstur gel atau krim. Kerana tekstur cair ini akan membuat kondisi kulit lebih teruk dan berminyak. Sudahnya, anda pasti kurang selesa sepanjang hari.

See also
20 Beauty Weapons From Sephora
HOURGLASS AMBIENT LIGHTING

Pilih warna yang betul untuk siang hari. 

Siang dan malam cara pemilihan warna adalah berbeza. Di siang hari, pastikan warnanya sedikit lembut dan tidak terlalu keterlaluan berbalik pula di malam warnanya seharusnya lebih terang kerana apabila terkena panahan cahaya akan membias warnanya.

PIXI BY PETRA SHEER CHEEK GEL

Olesan terakhir adalah blusher

Walaupun malas nak bersiap, pastikan olesan ini adalah step terakhir. Kerana anda boleh mengagak setebal mana yang anda inginkan. Jika tertebal, balas sahaja dengan bedak asas. Siap! 

BENEFIT BENETINT

Artikel berkaitan 5 Kesilapan Solekan