Lagu Mariah Carey Jadi Lagu Rasmi Kempen Terbaru SK-II - Glam Malaysia

Lagu Mariah Carey Jadi Lagu Rasmi Kempen Terbaru SK-II

Lagu R&B Hip-Hop klasik Fantasy nyanyian Mariah Carey menjadi latar video kempen terbaru Sk-II sempena tibanya musim percutian. Menariknya lagu nyanyian Queen of Christmas itu dinyanyikan dalam tiga bahasa berbeza oleh tiga wajah  rasmi jenama kecantikan yang berasal dari negara matahari terbit ini.

Chloe Moretz, Haruka Ayase dan Penyanyi juga penulis lagu Leah Dou bersatu menyanyikan lagu ikonik itu. Video berdurasi 30 saat itu sudah dilancarkan sejak sebulan yang lalu. Damat dilihat ketiga-tiga figura ini menyanyi dan menari dengan seronoknya. Sempena musim percutian ini SK-II tampil dengan seni jalanan yang diabadikan pada corak botol SK-II Pitera Essence nya. 

Klik untuk ketahui Siapa Victoria’s Secret Angel yang menjadi kesukaan SK-II

Menurut Sandeep Seth, ketua Pegawai eksekutif Global SK-II, Mereka sentiasa mencari idea bagaimana untuk berasa dekat dengan pengguna mereka. Tidak hanya menerusi produk yang berkualiti, baginya idea-idea pembungkusan juga penting untuk membuat pengguna mereka berasa teruja. Dan tahun ini SK-II mahu membawa budaya pop dalam koleksi edisi terhad ini. Dikenali sebagai rejim asas untuk memiliki kulit bersih jernih, Facial Treatment Essence Sudah pun menjengah empat dekad usianya dan sehingga kini digunakan jutaan wanita di seluruh dunia. 

See also
Cinta Hujung Dunia Louis Vuitton

Sk-II sering tampil dengan idea berbeza dalam memupuk keyakinan wanita untuk tampil polos dan bangga dengan kulit mereka. Mereka mahu mendidik wanita memelihara kulit mereka dengan penuh komited walaupun hanya menggunakan satu produk. Dua tahun lalu SK-II pernah melancarkan kempen #BareSkinProject yang mana beberapa orang wanita dirakamkan wajah mereka yang polos tanpa solekan termasuklah dutanya sendiri Chloe Moretz. Menurut Chloe itulah kali pertamanya wajahnya dirakam tanpa bersolek. 

Enam Selebriti Bergambar Tanpa Secalit Solekan