GLAM PROMOSI – NOV 2016 - Glam Malaysia

GLAM PROMOSI – NOV 2016

 

*klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Nov 2016

_____________________________________________________________________________________________

[tab: PHYSICIAN FORMULA]

Menang!
22 x set kosmetik Physician Formula bernilai RM 6451 kesemuanya

physicians

Nude GLAM

Jenama No.1 Amerika, Physicians Formula merupakan satu-satunya jenama kosmetik yang menyediakan keperluan solekan dengan mengekalkan formulasi yang sihat dan berkualiti tinggi. Diuji secara klinikal, kosmetik ini sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Musim ini, Physicians Formula memperkenalkan koleksi Shimmer Strips Nude Collection khas buat anda yang gemarkan warna nude.
 
Antara produk rangkaian Shimmer Strips Nude Collection termasuk palet pembayang mata warnawarna asas yang tampak moden dan sofistikated. Setiap palet mengandungi sembilan warna asas menarik dan bertekstur lembut yang boleh dipilih untuk dipadankan dengan solekan yang diingini. Untuk hasil solekan lebih dramatik, pembayang mata Shimmer Strips boleh digunakan dalam keadaan basah. Koleksi palet pembayang mata istimewa Shimmer Strips Nude Collection ini pasti akan memberi kelainan pada solekan anda!

See also
Putera-Putera Britain Kesal Akan Perbualan Terakhir Bersama Diana

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: HARD ROCK BALI]

Menang!
4 x 2H1M di Deluxe Room Hard Rock Bali bernilai RM6360 kesemuanya

hard-rock-bali

Percutian mewah bersama Hotel Hard Rock di Bali

Terletak berhadapan dengan persisiran pantai Kuta daerah Bali yang terkenal sebagai destinasi hiburan dan membelibelah pertama di Asia, Hard Rock Hotel Bali menyediakan 418 bilik dan suite yang bertemakan imej bintang rock. Istimewanya, setiap sudut hotel ini sarat dengan memorial revolusi muzik, fesyen dan seni daripada ikon muzik yang terkenal pada zaman 50-an hingga 90-an.
 
Selain kediaman bilik dan suite Rock ‘n’ Roll, Hard Rock Bali juga menyediakan Centerstage yang terletak di tengah-tengah hotel dan berfungsi sebagai live rock venue yang membawakan persembahan live band setiap malam. Ideal buat percutian keluarga, di sini terdapat Roxity Kids Club yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti treasure hunt, tarian Bali dan lego khas buat para pengunjung. Bagi peminat karaoke, Boom Box pula menyediakan kemudahan seolah-olah seperti studio rakaman untuk anda. Tidak lupa juga, khas buat peminat aktiviti lasak, terdapat Rock Climbing Wall yang menawarkan tiga tahap kesukaran disamping bantuan daripada pengajar terlatih. Ternyata percutian di Hard Rock Bali ini adalah antara destinasi terbaik untuk anda nikmati bersama yang tersayang.

See also
Perkenalkan Kylie Jenner, "Youngest Self-Made Billionaire Ever"

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

 

[tab: DECLEOR]

Menang!

34  x  DECLÉOR Oressence Body Treatment bernilai RM190

 

decleor

Sentuhan Oressence Energie

Buat pertama kalinya, DECLÉOR menyediakan minyak pati tulen kepada pakar kecantikan untuk digabungkan bersama minyak tumbuhan mengikut keperluan pengguna. Diinspirasikan oleh DECLÉOR signature produk penjagaan muka dan badan, rawatan profesional Oressence Energie³ merupakan urutan aktif yang dikhususkan khas bertindak ke atas kualiti kulit bagi menganjalkan muka dan badan. Ia juga merupakan rawatan salun terbaik DECLÉOR yang menggunakan sentuhan aromatik pada awal rawatan bagi menggalakkan relaxation. Minyak avokado yang digunakan membantu menghadkan kulit daripada kehilangan air manakala serapan minyak borage melembutkan kulit serta melambatkan penuaan. Bagi mengekalkan keanjalan kulit, terapi ini menggunakan minyak rosehip di mana hasil terapi ini menjadikan kulit anda kelihatan lebih licin dan berseri.

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above