Perpisahan Berganti Kemewahan: 10 Penceraian Golongan Elit Yang Mengejutkan

Personaliti

Perpisahan Berganti Kemewahan: 10 Penceraian Golongan Elit Yang Mengejutkan

472

Ikutan pengumuman perceraian pengasas dan CEO Amazon Jeff Bezos bersama isterinya MacKenzie Bezos minggu lalu, netizen mula membuat spekulasi tentang peruntukan yang bakal diterima oleh MacKenzie selepas ini.

 

Dengan nilai bersih sebanyak $137 bilion, perceraian Jeff dan MacKenzie Bezos bakal memecah rekod kes perceraian berprofil tinggi paling mahal dalam sejarah. Pihak umum pernah didedahkan dengan kos perceraian selebriti seperti Madonna, Paul McCartney, dan Tiger Woods yang memakan puluhan juta USD.

 

Senarai ini, walau bagaimanapun, menghimpunkan golongan elit yang bertarung hingga mencecah nilai ratusan juta untuk menyelesaikan kes perceraian mereka.

1 of 10

10. Bob Johnson dan Sheila Crump Johnson, 2002 — $400 juta

Mendirikan rumah tangga pada tahun 1969 mogul televisyen Bob Johnson dan Sheila Johnson bercerai pada tahun 2002. Dua tahun selepas mereka bergelar billionaire African-American pertama. Selepas menerima pampasan sebanyak $400 juta Sheila berkahwin dengan hakim yang menghakimi kes percerainnya bersama Bob.

Your email address will not be published. Required fields are marked *