New Age Debutante: Syiera Bledram

New Age Debutante: Syiera Bledram

MELAYARI HIDUP DALAM KELUARGA KENAMAAN, BARISAN NEW AGE DEBUTANTES INI,SYIERA BLEDRAM BERKONGSI SELERA FESYEN DAN MENGANGKAT IBU MEREKA SEBAGAI IKON DALAM HIDUP.

 

Gambar Bibo Aswan

SYIERA BLEDRAM atau nama penuhnya Nurr Arfa Syahirah Bledram, 19, sebelum ini sudah beberapa kali mengisi ruangan GLAM. Dari Kota Kinabalu dia terbang ke Kuala Lumpur untuk penggambaran kolum Personaliti. Sebetulnya dirinya terlalu sibuk, tetapi apabila dipujuk akhirnya dia bersetuju. Siapa sangka di usia belasan tahun Syiera membawa dirinya dengan matang sekali. Mungkin juga dia sudah biasa diwawancara. Hari itu Syiera tampil sungguh chic dengan persalinan dari Versace. The outfits definitely compliment her body. Berdarah kacukan Australia, Cina, Arab dan Melayu membuat raut wajahnya begitu unik. Tambah-tambah lagi she is originally blonde!

 

Membesar dalam keluarga yang mempelopori perniagaan, kehidupannya sering terpengaruh dalam aspek keusahawanan. Bapanya Datuk Abdul Rahman Bledram adalah Pengasas kepada Lexus Plantation yang mengusahakan tanaman dan Lexus Maju pula membekalkan alat-alatan mesin serta RM Capitol yang bertanggungjawab untuk menguruskan projek-projek pembangunan. Manakala ibunya pula Datin Emma Rahman adalah Pengasas kepada Sabah Prestige yang membekalkan perabot-perabot mewah dan juga Pengasas kepada Royal Classic Design. “I’ve been devoting my time on gaining lucrative experiences and expanding my knowledge on business as much possible. Semua ilmu datang secara berperingkat-peringkat. Dan akhirnya saya akur yang kecenderungan saya ke arah perniagaan dan bertekad untuk melebarkan lagi empayar perniagaan keluarga. Saya selalu dingatkan kedua ibu bapa yang kekayaan tidak datang bergolek seperti itu sahaja, you have to strive will all of your being to achieve a better living. And that’s what I’ve been practicing.”

See also
Pilihan Personaliti: Faralisa Sofea

 

Melihat kepada susuk tubuhnya yang seksi siapa sangka gadis ini dulu pernah berlebihan berat badan sehingga mengakibatkan obes. Letih dengan cemuhan ramai dia akhirnya berazam untuk kuruskan berat badan. Tidak lagi mahu menoleh kebelakang, hasil daripada kegigihannya dalam masa setahun she lost 30kgs! “Jujurnya sehingga hari ini saya masih suka makan tetapi saya tidak lagi makan banyak seperti dulu. Dan saya masih mahu turunkan sikit lagi berat badan. Rahsia penurunan berat badan saya ialah dengan meninggalkan makanan berkarbohidrat dan banyakkan makan oats dan buah-buahan. Betul mula-mula itu susah sangat tetapi lama kelamaan anda akan terbiasa. Saya tidaklah terlalu rajin bersenam, tetapi saya ambil kelas kickboxing untuk ketahanan stamina dan bakar lemak.”

 

Apa perasaan you setelah berjaya kuruskan badan? “Satu, saya bolehlah kurangkan peratusan untuk menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi akibat daripada gejala kegemukan. Keduanya tentulah saya dapat pakai apa sahaja baju yang saya impikan selama ini. Kalau dulu saya hanya mampu melihat model memakai helaian kesukaan saya, hari ini saya hambakan diri kepada fesyen sebagai kepuasan pada diri. Memandangkan saya terlalu suka berfesyen, losing weight is the greatest gift for myself. And plus I have so called collar bones now! Bolehlah saya berangan jadi model. Hahaha.” katanya sambil berjenaka.

See also
Rahsia Minyak Muka The Body Shop Oils of Life

 

Syiera berkongsi falsafah fesyennya. Dia mengangkat Sheikha Moza Nasser, Rachel Zoe dan Jane Birkin sebagai ikon fesyennya. Baginya fesyen yang digayakan perlu sesuai dengan personaliti diri individu itu. Gaya anggun menjadi identitinya. Dia suka membawa karakter wanita klasik kala berfesyen. Syiera juga tidak gentar untuk mencuba helaian yang edgy untuk lari seketika daripada kebiasaan dan memberi energi baru pada diri. “Most people are trying rigorously to fit in while losing their way in the maze. It’s like being in a wild-goose chase! So be careful. Koleksi tas tangan Dior dan Louis Vuitton sudah hampir memakan ruang walk-in closet saya! Dan sepatu Dior, Louboutin dan Zanotti juga menjadi obsesi saya.”

 

Gambar Bibo Aswan

Bercerita mengenai hubungan Syiera Bledram dan ibunya, empunya diri akui ibu sebagai ikon dalam hidupnya. “Hubungan saya dan ibu ibarat kakak dan adik. Kami tiada rahsia dan bersifat terbuka antara satu sama lain. Ibu banyak membimbing saya untuk menjadi wanita kuat dan tabah mengharungi gelora ombak dalam kehidupan. Her strength, willpower and perseverance is what I want to have in life. Dia selalu berpesan pada saya yang kekayaan dikecapi bukan untuk hari ini sahaja, kena pastikan ia berterusan. Dan rezeki keuntungan itu haruslah dikongsikan bersama orang-orang yang kurang bernasib baik. Kerana itu untuk saya berjaya dalam perniagaan seperti kedua orang tua, saya kena belajar untuk tidak cepat berputus asa dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Ibu juga seorang yang amat pentingkan kecantikkan. Walaupun saya masih muda, saya sudah diberi pendedahan menggunakan produk rawatan kulit berkualiti tinggi seperti Sulwhasoo dan La Mer. Dan untuk produk mekap saya selesa denagan jenama Dior, Nars, Chanel dan Tom Ford. Pesan ibu, “Wake up, get dressed and be beautiful. No matter the circumstances. Your exterior must also match your interior too.” Kami selalu luangkan masa berdua dengan membuat temu janji sesi high tea. Memandang kami sekeluarga sentiasa sibuk, time is luxury to us jadi kami akan manfaatkan masa bersama selagi boleh.”

See also
Kenali Soraya Ann, Anak Gadis Aishah Sinclair

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mei 2016