10 Soalan Bersama Daphne Iking

Personaliti

10 Soalan Bersama Daphne Iking

143
daphne1

Gambar: Arkib GLAM


 
Mengikat tali pernikahan pada awal Januari empat tahun yang lalu, Daphne Iking kini dilihat sangat bahagia dalam menjadi seorang ibu juga isteri. Ditambah pula keluarga yang harmoni langsung membuatkan wanita ini merasa sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan. Dikurniakan suami yang penyayang, Azmi Abdul Rahman nyata penyeri hidupnya dalam memberi sokongan dan kekuatan kepada dirinya.
 
1. Cinta adalah…

Love is unconditional. True love at least. Sesungguhnya hidup saya diberkati Tuhan dengan diberi peluang kedua di dalam cinta, perkahwinan juga menjadi seorang ibu.
 
2. Destinasi cinta terhebat?

Setiap destinasi, tidak kira jauh atau dekat, has rekindled our relationship on different levels. Saya kira, setiap destinasi adalah indah dan romantis juga punya jalan cerita yang tersendiri.
 
3. Pemberian paling romantis dari suami?

His sheer loyalty. He is not just a super protective husband and father, but extremely loyal.
 
4. Filem romantis terbaik sepanjang masa?

Love Actually menjadi pilihan. Different tales of love. Saya menontonnya sudah berkali-kali dan menghafal setiap lagu soundtrack. 
 
5. Bahan bacaan?

Semestinya dari koleksi autobiografi hingga ke buku rujukan. Cerita cinta, seram, fantasi dan komedi. Bahan bacaan saya seimbang.
 
6. Muzik kegemaran?

Huge fan of country music. Sehinggakan destinasi pilihan seperti Nashville dan Graceland terus berada dalam bucket list dan telah tercapai hajat di hati dengan melewatinya!
 
7. Insan yang dikagumi?

Ibu saya kerana dia adalah lambang unggul kasih sayang, kebaikan dan kesabaran. Dialah cahaya juga tulang belakang yang kukuh buat kebahagiaan keluarga saya.
 
8. Yang terhebat mengenai perkahwinan…

Suami yang setia disisi dan senantiasa menjadi teman berbicara. We love each other. We disagree. We share parenting roles. Always. 
 
9. Apa item penting dalam gerobok buat wanita seusia anda?

Keyakinan yang tinggi dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan persengketaan dan masalah.
 
10. Perkara paling penting dalam hidup…

My faith and God.

Your email address will not be published. Required fields are marked *