NUR FAZURA

Nur Fazura Binti Sharifuddin atau Nur Fazura anak kelahiran Pekan, Pahang menjadi jolokan dan dambaan sesiapa memandangnya. Pelakon, penyanyi, pengacara, dan model ini selayaknya menjadi ikon fesyen kerana dipilih jenama coach untuk tampil menyaksikan pertunjukan fesyen musim bunga panas 2018  mereka di New York. Duta telefon pintar Neffos ini semakin rancak dengan perniagaannya butik House of Doll yang mengeluarkan himpunan  helaian ready to wear yang menepati saiz tubuh wanita asia. Terkini beliau mengeluarkan tablet kecantikan TruDolly. Amalkan pilates dan jauhi minuman sejuk adalah disiplin dipegang bagi mendapat tubuh yang ramping seperti faz!Tampak simple dan chic pabila keluar bersama teman. Kecantikkannya dipuja orang ramai walau tanpa sebarang makeup.Watak Putri dalam drama dan filem Gol & Gincu telah menaikkan nama hingga kini. Pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM27 ini cukup dikenali sebagai ikon fesyen rakyat Malaysia.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone