KIM RAYMOND

Who’s that girl? Jelitawan punya campuran bangsa miliki wajah eksotik, bertubuh petit, dan kulit mulus. Ramai yang tidak mengetahui Sosialit ini merupakan anak kepada Dato’Sri Jeffrey Raymond, CEO kepada OEM Autoseats Malaysia. Wanita A-List berusia 30 tahun ini miliki minda perniagaan seperti ayahnya. Walau dilahirkan dengan kemewahan beliau tetap bekerja dengan hasil titik peluh sendiri sengan mengusahakan dua buah restoran, Mezza9 di Empire Damansara dan 9 Bowls di Publika.Sememangnya beliau adalah ahli usahawan dan fashion enthusiast tegar! Penuntut jurusan fesyen dan isteri pelakon lelaki popular, Keith Foo ini menjadi bualan ramai dek kerana keserasian mereka berdua. Karakter Kim sangat cool, relax dan kehadirannya aneka acara fesyen di sekitar Kuala Lumpur mahupun luar Negara pasti menjadi spotlight.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone