DATIN SABRENA KHALID

Isteri kepada Dato Md. Wira Dani Daim ini merupakan personaliti yang sentiasa menitik berat mengenai soal permakanan dan penampilan dirinya. Badan yang ramping pasti mempunyai rutin senaman yang ketat, sememangnya empat kali seminggu adalah rejim senaman yang diamalkan dari berlari, yoga, berbasikal dan juga power plate. Namun katanya pengambilan nasi adalah kelemahan yang tidak dapat dielakkan, harinya tidak lengkap tanpa memakan nasi. Beliau tidak gentar untuk bermain dengan pancawarna kala berfesyen. Beliau  mempunyai gerobok khas menghimpunkan koleksi sneakers mewah. Ada masa dia tampil anggun di majlis dengan gaun labuh couture.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone