GLAM Horologi: Kilauan Magis

GLAM Horologi

GLAM Horologi: Kilauan Magis

201

Penampilannya membawa kepada intipati berbeza. Gabungan unsur atau elemen hitam ternyata mengerah kemewahan setiap lilitan istimewa jam tangan terkemuka dunia. GLAM tampilkan seleksi eksklusif jam yang bertatahkan berlian putih.
 
CARTIER
 
untitled-session637634
Sentuhan mewah nan feminin sentiasa terpalit kemas dalam diari istimewa legasi eksklusif Cartier. Kerdipan butiran berlian putih daripada koleksi Crash dan Ballon Bleu de Cartier ternyata menjadi kegemaran utama golongan fesyen. Koleksi terhad ini turut bertatahkan emas putih sebanyak 18 karat. Harga RM263,000 dan RM146,000.
 
PIAGET
 
untitled-session637610
Deretan butiran berlian putih menghiasi seutas jam tangan Piaget daripada koleksi Limelight Couture Précieuse. Setiap sudut bertatahkan emas putih 18 karat dan berpotongan Baguette bagi mencipta suatu kepuasan yang luar biasa. Harga rm1,340,000.
 
HUBLOT
 
untitled-session637560
Sedetik masa bersama jam Hublot daripada koleksi Classic Fusion Titanium yang mewah bersama tatahan berlian putih sebanyak 42 butir di setiap keliling alur petak sisi permukaan jam. Lebih mengagumkan teknik saduran tampalan bagi logam platinum menyerlahkan penampilan feminin anda. Harga RM48,500.
 
GIRARD-PERREGAUX
 
untitled-session637584
Legasinya penuh dengan ruang teknikal magis. Dari gerakan mekanikal hingga kemasan terakhir membawa kepada seutas jam tangan eksklusif. Girard-Perregaux menampilkan dua koleksi berbeza iaitu Vintage 1945 dan Girard-Perregaux 1966. Harga RM45,100 dan RM90,200.

Your email address will not be published. Required fields are marked *