Trend – Sensasi Udara Segar Nyaman

GLAM DEKO, Inspirasi

Trend – Sensasi Udara Segar Nyaman

537

Musim perayaan tiba lagi, dan pastinya ramai yang membuat persiapan termasuklah mengemas, mengatur semula mahupun memperbaharui barangan rumah. Apabila Syawal datang, tetamu datang menziarah, perlu diambil kira tentunya menu hidangan, perhiasan rumah dan tidak dilupakan udara nyaman memastikan keselesaan tetamu, apatah lagi cuaca di negara kita yang panas membahang.

 

 

Penghawa dingin AR9500M daripada Samsung Electronics Malaysia diinovasikan dengan teknologi Cool-Free ™ Cooling, mengalirkan suhu udara lebih sejuk dan segar mengatasi masalah cuaca panas terik yang dirasai sehingga ke dalam rumah. Teknologi Cool-Free ™ Cooling melancarkan udara sejuk dengan lembut menerusi 21, 000 lubang udara mikro. Malah, ianya adalah sistem pendinginan dua langkah yang bermula dengan merendahkan suhu dalam “Mod Penyejukkan Pantas,” kemudian secara automatik beralih ke “Cool-Free ™ Cooling Mode” yang mengalirkan “still air” setelah mencapai suhu ideal. Teknologi ini sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 72 peratus berbanding mod Cool Cooling.

 

Sejajar keperluan hemat tenaga, teknologi Digital Inverter 8-Pole dengan POWERboost pertama di dunia yang hanya menggunakan 32 peratus tenaga untuk model penghawa dingin konvensional, menjadikan penjimatan sehingga 68 peratus penggunaan tenaga. Penghuni kediaman juga boleh mengekalkan suhu yang dikehendaki tanpa perlu menghidupkan atau mematikan dengan janaan kuasa bunyi lebih rendah (lebih senyap), dan lebih tahan lama serta efisien.

 

 

Penghawa dingin AR9500M dilengkapi Kawalan Pintar WiFi, yang membolehkan penghuni kediaman mengawal keperluan penghawa dingin termasuk mengawal suhu, melaraskan tetapan, menerima kemas kini masa sebenar tentang prestasi dan penggunaan tenaga harian dan penyelesaian masalah dari mana – mana menerusi aplikasi Smart Things Samsung. Ini adalah sebahagian daripada komitmen Samsung dalam memperkenalkan konsep hidup pintar ke rumah-rumah Malaysia – untuk mewujudkan pengalaman tinggal yang moden, cepat dan mudah, serta inovatif di rumah untuk keluarga Malaysia.

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *