GLAM Deko PROMOSI – Temple Tree @ Bon Ton, Langkawi

GLAM DEKO, Santai

GLAM Deko PROMOSI – Temple Tree @ Bon Ton, Langkawi

79

MENANG! PERCUTIAN 3 Hari 2 Malam di TEMPLE TREE @ BON TON, LANGKAWI BERNILAI LEBIH RM6000

 

 

Temple Tree, Bon Ton Resort di Langkawi meraikan kekayaan budaya Malaysia melalui vila-vila antik yang terletak dalam estet resort ini. Vila-vila di resort ini terdiri daripada enam kategori rumah tradisional seperti Penang House, Chinese House, Colonial House, Plantation House dan sebagainya. Malah, vila-vila yang disediakan mempunyai sejarah tersendiri dengan hiasan dalaman yang memuji ciri-ciri vila tersebut.

 

Apabila pengunjung tiba di resort ini, mereka akan dilayan seperti tetamu rumah di The Straits Club House. Bangunan ini merupakan sebuah rumah Serani berusia 90 tahun yang telah diubahsuai menjadi sebuah club-house untuk tetamu menjamu selera di restoran, bar ataupun meluangkan masa di perpustakaan yang disediakan. Tambahan pula, terdapat juga dua kolam renang di resort ini dengan pemandangan hijau yang indah. Bagi tetamu yang ingin meneroka Pulau Langkawi, resort ini juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan pelancongan. Temple Tree menjanjikan percutian “heritage chic” bagi mereka yang ingin mengalami kehidupan budaya Malaysia zaman dahulu.

 

SOALAN : Berapakah usia rumah “The Straits Club House” di Temple Tree Resort?

Emelkan jawapan anda berserta butiran (Nama/ IC/ Alamat/ No. Tel) kepada : [email protected]

 

Tarikh tutup : 31 Ogos 2016

 

Lawati www.glam.com.my untuk mengetahui jika anda adalah pemenang bertuah bulan ini. Nama pemenang akan dikeluarkan seminggu SELEPAS tarikh tutup promosi.

 

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *