GLAM Deko Libur - 4 Hotel Butik Asia Tercantik - Glam Malaysia

GLAM Deko Libur – 4 Hotel Butik Asia Tercantik

Teks : Suhana Desa

Gambar : Google

 

Kedudukan strategik, seni bina dalaman unik dan berkarakter, reka bentuk landskap alam mempesona, hospitaliti bertaraf lima bintang, senarai hotel butik di empat benua berlainan ini menjadi momen kembara percutian terindah untuk dikenang.

1 of 12

Gem Island Resort & Spa, Pulau Gem, Malaysia 

 

 

Terokai keindahan hotel butik romantis dikepung lautan luas membiru.  Gem Island Resort & Spa, sebuah pulau persendirian yang terletak 20 minit perjalanan menaiki bot laju dari pantai Timur Malaysia.  Pulau ini dikelilingi taman terumbu karang yang indah dan beribu-ribu spesies ikan kecil pelbagai warna menemai anda berenang di laut! Air laut yang jernih, dihubungkan tiga pantai peribadi dengan pasir putih yang halus dan alam semula jadi yang kekal menjadikan hotel butik ini ibarat permata berharga yang sangat intim. Malah ia sebenarnya simbolik nama pulau itu sendiri “Gem Island”!