Hargai Rambut Kerinting Anda Seperti Gadis Ini - Glam Malaysia

Hargai Rambut Kerinting Anda Seperti Gadis Ini

Seorang gadis 19 tahun dari London Nia Pettitt merupakan gadis yang memulakan gerakan #HappyFroDay yang merupakan gerakan untuk mengalakkan gadis-gadis di seantero dunia untuk menyanyangi, menghargai dan meraikan rambut asli mereka.

 

Happy Froday my darlings ? #NiaTheLight Cc: @taffymsipa

A photo posted by Nià The Light ? (@frogirlginny) on


 

Nia memulakan projek ini hanya sebagai tugasan di sekolahnya pada tahun 2014 dan dia sendiri tidak menyangkakan bahawa projek sekolahnya akan bertukar menjadi satu gerakan yang besar dan Nia menggunakan media sosial untuk mengatur perjumpaan “Happy FroDay” pada setiap tahun.

 

Ok ladies, now let's get in Fro-Mation. #NiaTheLight #CurlFriends #Froday

A photo posted by Nià The Light ? (@frogirlginny) on


 


 

See also
Lifestyle Guru: Amber Chia Berkongsi Rahsia Kejayaan

“Ianya adalah masa untuk gadis-gadis untuk berkumpul dan menhargai rambut semulajadi mereka yang cantik,” kata Nia. Gadis ini juga mengalakkan sesiapa sahaja yang mengongsikan gamabr rambut semulajadi mereka dengan hashtag #HappyFroDay.

 

Dikenali di Instagram sebagai @frogirlginny dengan jumlah ikutan sebanyak 232,706, Nia telah menjadi sumber inspirasi untuk gadis-gadis ini menyanyangi rambut semula jadi mereka.

 


 

Nia sendiri menyatakan kepada PopSugar bahawa dia sendiri sering tidak yakin dengan rambutnya yang kembang dan menawan itu.

“Ketika saya berumur 5 atau 6 tahun, orang ramai sering mengetawakan rambut saya kerana rambut saya tidak seperti rakan-rakan saya yang lain. Perkara itu membuatkan saya hilang keyakinan dengan diri saya,” terang Nia lagi. “Masa itu adalah masa saya mencuba untuk mengikut standard kecantikan.”

 

Selepas dinasihatkan oleh ibunya, Nia mula menghiraukan mereka yang sering mengejek dirinya.

 


 

See also
Hollywood di Hari Pengundian AS

“Apabila anda menyayangi rambut anda, ianya ibarat anda melepaskan semua keyakinan dalam diri anda dan akan menginspirasikan anda untuk menyanyangi segalanya mengenai diri anda. Ambil masa anda dalam mencari apa yang berkesan untuk anda, tetapi cuba juga mencari blogger-blogger atau gadis-gadis yang mempunyai rambut yang sama seperti anda sebagai panduan untuk perjalanan anda.”

 


 

Embrace your curls, girls and guys!