5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi

GLAM Life

5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi

452

Kadang-kadang anda buntu mencari destinasi percutian dan memerlukan inspirasi daripada melihat pilihan-pilihan selebriti tempatan atau antarabangsa. Gaya percutian bagaimana idaman anda?

 

https://www.instagram.com/p/BpS-a7Bj7Nn/

 

Heboh sekampung berita Neelofa bercuti mewah ke Maldive baru-baru ini. Atau cemburu rasa hati membaca kisah Putera Harry membawa Meghan Markle berbulan madu di Afrika, destinasi kegemaran ibunya suatu ketika dulu. Melihat Victoria Beckham memilih Bali, destinasi itu dekat sahaja dengan tempat kita.

 

Semesti gambar-gambar dipaparkan mengundang rasa ingin turut serta melancong ke destinasi tersebut. Click kanan kerana ada 5 destinasi kesukaan selebriti kegemaran anda mahu kami kongsi. Mana tahu daripada situ anda dapat ilham mencipta percutian anda.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Percutian Romantis Afrika

Ralit menonton Lifetime filem Harry & Meghan: A Royal Romance di kaca televisyen betapa romantis pasangan diraja bercuti di Botswana, Afrika. Malah cinta mereka mula berputik gara-gara percutian romantis di Afrika pada awal perkenalan mereka.

 

Glam menyarankan anda ke Rwanda yang menjanjikan pemandangan sama. Terletak bersebalahan Botswana, Scott Dunn menawarkan percutian mewah di Rwanda bermula 2019. Nikmati hidupan liar seperti singa dan badak hitam di Magashi Camp, Akagera National Park. Selain itu anda boleh memilih beberapa taman lain seperti Volcanoes National Park atau mahu menikmati klasik safari bersama Serengeti Plains, Tanzania.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *