Santai - Solusi Majlis Istimewa Anda - Glam Malaysia

Santai – Solusi Majlis Istimewa Anda

Ruang pamer untuk para pelanggan mendapatkan khidmat nasihat daripada MOEP.

 

Tahun baru yang sudah membuka tirainya memberi peluang untuk mula merencana majlis-majlis yang bakal dianjurkan untuk sepanjang tahun yang mendatang ini. Sama ada majlis berskala besar mahupun hanya get together bersama teman rapat, semuanya perlukan perancangan sempurna. Hari ini majlis tidak hanya dibiarkan hambar, ia turut diserikan dengan dekorasi indah sebagai lambang betapa kita menghargai dan menyerikan lagi ruang majlis juga kediaman. Untuk itu, pelbagai jenama menawarkan pilihan idea dekorasi dan persembahan untuk memastikan majlis anda cukup indah dan istimewa serta meninggalkan kengan manis pada tetamu yang bertandang.

 

Biarpun ramai yang gemar untuk cuba membawakan kreativiti peribadi tatkala menghias ruang majlis, namun tidak semuanya mampu menampilkan impak yang cukup gah. Untuk itu pemilihan mereka yang lebih profesional dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak. Terbaru, jenama Maze of Event Planner atau lebih dikenali sebagai MOEP menyediakan khidmat penggayaan dan perancangan majlis dengan pengkhususan kepada majlis korporat juga yang berkaitan perkahwinan.

See also
Kediaman - Gaya Eklektik Ruang Kondominium

 

Tidak hanya mengehadkan perkhidmatan mereka kepada majlis, mereka juga menawarkan beberapa pilihan produk lain yang turut membantu anda melengkapkan lagi kesempurnaan menjelang majlis itu sendiri. Antara yang ditawarkan oleh MOEP ruang sewaan untuk kegunaan majlis, kad keahlian untuk promosi istimewa yang dinamakan sebagai MOEP Lux Card, rangkaian haruman kediaman yang terdiri dari dua aroma pilihan yakni Rose Blossom dan Ma Chandelle. Manakala untuk bakal pengantin yang mahukan busana dalam rekaan indah, sentuhan pereka antarabangsa, Pnina Tornai dan Rita Venis dan untuk si jejaka, rangkaian Bespoke oleh M by MOEP atau Fox X MOEP boleh anda pertimbangkan.

 

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.mazeplanner.com dan realisasikan impian mencipta majlis terindah buat anda.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Suasana ketika majlis pelancaran MOEP.