Santai – Plane in the City Kuala Lumpur

Bagi yang mengalami aviophobia atau takut untuk terbang, Plane in the City Kuala Lumpur (PITCH KL) adalah peluang terbaik untuk merasai naik dan masuk ke dalam perut kapal terbang sambil menikmati makan malam elegan. Kapal terbang jenis Boeing 737 mendarat di tengah-tengah kesibukkan Bukit Bintang, yang menjadi lokasi PITCH KL dan Dinner in the Sky Kuala Lumpur. 

 

Pengalaman makan malam berkonsepkan fine-dining, berlangsung selama 90 minit di ruang kokpit. Pengunjung juga berpeluang bergambar di ruang kokpit dan berjalan di atas sayap kapal terbang.

 

Menurut Ketua Pegawai Operasi TwoSpicy Entertainment Live, Arvin Randahwa, ini adalah usaha untuk menukar persepsi negatif mengenai makanan di dalam pesawat.

 

Jelas Arvin, “Tiada lagi makanan seperti dalam pesawat sebelum ini, tiada lagi tempat duduk yang terhad dan tiada lagi ketakutan menaiki pesawat.
" 

 

3 hingga 4 peringkat menu mengikut jenis kelas penerbangan disediakan istimewa oleh pasukan kulinari ternama, Le Meridien Kuala Lumpur.

 

Plane In The City Kuala Lumpur  hanya menerima 20 tetamu sahaja dalam setiap sesi makan malam untuk mengekalkan suasana yang lebih eksklusif.

 

Plane In The City juga menggunakan lampu landasan sebenar yang digunakan di landasan kapal terbang di seluruh dunia dan dibawakan oleh ADB Safegate, pakar teknologi lapangan terbang bagi mencipta suasana seperti berada di lapangan terbang.

 

Sempena Ramadan ini, anda boleh menempah tempat untuk makan malam di PITCH KL mengikut jenis kelas penerbangan Ekonomi (RM199), kelas Perniagaan (RM399) atau kelas pertama (RM999) di laman web rasmi PITCH KL www.planeinthecity.com

 

Slide untuk lihat gambar :-

6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pencuci Mulut, Vanilla Oreos Panna Cotta untuk pengakhiran makan malam indah bagi pakej kelas ekonomi.