Sajian Hujung Minggu - Resipi Kuih Lopes Kafe Bawang Merah - Glam Malaysia

Sajian Hujung Minggu – Resipi Kuih Lopes Kafe Bawang Merah

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar Patrick Chan

 

Kafe Bawang Merah di Subang Jaya menghidangkan aneka kuih tradisional dan lauk pauk melayu yang pastinya membuatkan pengunjung kecur liur setiap kali bertandang. Asam Pedas, Sambal Tempe dan Kacang Goreng, Daging Masak Hitam, Soto, Lontong serta Laksa Johor antara aneka lauk pauk yang ada di kafe ini.

 

Kuih Lopes, Sagu Merah, Pulut Panggang, Ketayap dan Seri Muka – kuih yang mesti anda rasa apabila singgah di sini.

 

Hujung minggu ini, boleh cuba resipi kuih Lopes dari Kafe Bawang Merah dihidang bersama kuah gula melaka.

 

Lopes 

Bahan – bahan

 

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
½ cawan santan
1 sudu kecil air kapur
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil air daun pandan
Kelapa parut putih

 

Air Gula

 

3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula pasir
3 cawan air
1 helai daun pandan

 

Cara menyediakan

 

  1. Bersihkan beras pulut dan rendam di dalam air bersama garam, air daun pandan dan air kapur. Biarkan selama 3 jam.
  2. Sediakan pengukus dan panaskan. Masukkan beras pulut ke dalam Loyang. Kukus selama 20 minit. Masukkan air pandan dan santan cair. Gaul rata dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga beras pulut masak.Gunakan api kuat ketika mengukus.
  3. Hamparkan daun pisang atau pembalut plastik, leperkan beras pulut bentuk segi empat besar sehingga mampat. Biarkan sejuk sepenuhnya.
  4. Potong beras pulut secara memanjang, kemudian menyerong untuk mendapatkan bentuk segi tiga.
  5. Campurkan sedikit garam dalam kelapa parut putih. Tabur rata kelapa parut di permukaan lopes.

 

Air Gula

 

  1. Masukkan semua bahan di dalam periuk dan biarkan mendidih sehingga gula memekat.

 

 

Arkib GLAM Deko Ogos 2016