Ruang – Rekaan Dapur Moden

Dapur ideal adalah rekaan yang menepati gaya hidup dan corak kerja sang penghuni. Koleksi ARTE, Singature Kitchen, adalah gabungan fungsi dan gaya dapur linear moden. Simetri lurus dengan permukaan kabinet dilapisi bahan berkilat memudahkan aktiviti penyelenggaraan.

 

Corak ira marmar kuarza memancarkan atmosfera klasikisme. Kaunter berpulau konvensional menambahkan ruang kerja sedia ada. Koleksi Virginia Walnut, reka bentuk dapur minimalis terbina menggunakan tiga unsur; kayu, kaca dan bata. Material kayu memaparkan corak serat kayu membentuk kontras menarik dan permukaan kaca berkilat menyempurnakan keseluruhan sistem dapur.

 

Signature Kitchen turut memperkenalkan program keahlian, Signature Privilege yang akan memberikan jemputan ke acara eksklusif, faedah daripada pelbagai jenama naungan lain termasuk barangan kelengkapan rumah, kecantikkan dan kesihatan, serta gaya hidup dan pemakanan. www.signaturekitchen.com.my

 

Slide untuk lihat gambar. 

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rekaan dapur praktikal koleksi Matera serba gelap dan kemasan batu jenis bertekstur legap.