Ruang – Gaya Segar di Kamar Kecil

Model Novus 240 Hansgrohe

 

 

Setiap ruang kediaman mempunyai fungsi dan kepentingan tersendiri. Tidak satu pun lebih penting dari yang lain, justeru setiap ruang perlu mendapat perhatian yang serupa. Kamar kecil juga memerlukan penataan agar sentiasa terlihat segar dan selesa untuk anda membersihkan tubuh kerana ia merupakan ruang lain yang penting untuk mempersiapkan diri sebelum memulakan hari baru.

 

 

Pilihan praktikal siri Novus untuk tab mandi.

 

Rangkaian kelengkapan di kamar mandi adalah antara cara memberikan nafas berbeza pada ruang ini. Hansgrohe merupakan antara jenama yang menjadi pilihan pereka buat melengkapi gaya di ruang kamar kecil anda. Terbaru jenama ini membawakan seleksi yang dinamakan The Novus untuk yang mahukan gaya lebih segar dan kontemporari moden untuk ruang. Lebih menarik, rangkaian ini diperkenalkan untuk mereka yang mahukan produk bersesuaian dengan bajet mereka tatkala mengubahsuai ruang kamar kecil ini. Ia sesuai dipadankan dengan sebarang jenis sinki mahpun tab mandi dalam gaya berbeza. Terhasil dari kolaborasi antara Hansgrohe bersama Phoneix Design Studio, karakter menyerlah buat koleksi ini adalah kontur yang tepat dan organik juga lengkungan lembut pada rekaan.

 

 

Gaya melekap pada dinding untuk penjimatan ruang oleh Novus, Hansgrohe.